web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 1:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerajaan pimpinannya akan kekal menerajui negara sehingga berakhir penggal Parlimen meskipun timbul desas-desus mengenai usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, sekiranya benar Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, gabungan itu dialu-alukan untuk membuktikannya di Parlimen.

“Gerakan usul di Parlimen, saya tiada masalah,” Katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai khabar angin berhubung akuan berkanun ditandatangani untuk menyokong Perdana Menteri baharu daripada gabungan pembangkang.

“Setiap minggu (ada khabar angin), macam mimpi mingguan. (Ada spekulasi) sebelum bulan puasa, sebelum dan selepas Aidilfitri, (serta) sebelum Aidiladha, Thaipusam, dan Tahun Baru Cina.

“tetapi InsyaAllah, Kerajaan Perpaduan akan kekal sampai penggal Parlimen berakhir sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang,” katanya.

Ditanya sejauh mana keyakinan beliau tentang perkara ini, Anwar berkata: "Saya amat yakin, jika tidak, saya tidak akan mengatakannya.” 

Komen beliau menyusul di sebalik spekulasi berterusan bahawa PN sedang merancang usaha untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan.

Pada 24 April lalu, The Vibes melaporkan, terdapat rancangan baharu oleh PN untuk menggulingkan Anwar dengan cara memaksa Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, rancangan tersebut sedang digerakkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin besar gabungan lain, dan melibatkan "pemujukan" sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen BN untuk mengosongkan kerusi mereka dan memaksa PRK diadakan, bagi membolehkan mereka bertanding semula di bawah tiket PN.

Tindakan itu juga memerlukan pemujukan parti Sabah dan Sarawak untuk mengalihkan sokongan mereka daripada Anwar.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman menyiarkan komen di Facebooknya dengan berkata, “Sudah 126. Jika benar, Alhamdulillah” yang menunjukkan sokongan semasa kepada PN.

Dalam catatan berasingan, Dr Muhammad Faiz memuat naik perbualan dengan seorang wartawan yang bertanya kepadanya sama ada pembangkang yakin untuk berkuasa sebelum penggal tamat, dengan menjawab: "Ya, kami (yakin). Insya Allah".

Anwar juga sebelum ini menyifatkan desas-desus mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas sama sekali. - The Vibes, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah