web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Faizal Azumu, Jangan Sibuk Urusan TPM, Fokus Isu Parti Sendiri' - Isham

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 1:39PM

Ahmad Faizal Azumu dan Isham Jalil - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dinasihatkan agar tidak menyibuk berhubung urusan jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, jawatan orang nombor dua kerajaan itu, ditentukan berdasarkan hak dan budi bicara Perdana Menteri, bukan mana-mana pihak, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Justeru, beliau membidas gesaan Ahmad Faizal supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi direhatkan daripada tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri agar tidak mengganggu proses perbicaraan mahkamah berkaitan kes dihadapinya, dengan menyifatkan pemimpin itu sebagai ‘penyibuk’.

Isham berkata, Ahmad Faizal bersama rakan dalam parti sebaliknya disaran bersedia dihadapkan ke mahkamah dan menjadi ‘kluster mahkamah 2.0’, susulan dakwaan kes rasuah pengundi serta skandal penyalahgunaan dana kerajaan yang dikatakan terbesar dalam sejarah negara. 

“Sebab sebelum ini semasa parti kamu dalam kerajaan, puak kamu banyak terlepas dari pendakwaan kes jenayah apabila wakil rakyat kamu melompat parti. 

“Adakah kamu rasa kamu atau rakan kamu akan dapat terlepas begitu sahaja lagi kali ini, dengan mengalih perhatian kepada isu orang lain dan dengan memanggil rasuah kamu itu sedekah?” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Beliau berkata, Ahmad Faizal perlu sedar bahawa rakyat tidak akan pernah melupakan kes tersebut. 

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kamu perlu fokus kepada masalah kritikal kamu dan parti kamu ini.

“Sesiapa yang melakukan jenayah dan rasuah tidak boleh terlepas dari pengadilan, di dunia atau di akhirat. Bersiaplah,” katanya. 

Terdahulu, Ahmad Faizal menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan tegas supaya Ahmad Zahid direhatkan daripada tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi memberi fokus kepada proses perbicaraan mahkamah, seterusnya membuktikan beliau tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan disabitkan.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan perbicaraan yang masih berlangsung berkaitan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram itu diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan. - Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia