web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Perlu Main Peranan Bantu Anwar, Suarakan Cadangan Lonjakkan Ekonomi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 3:35PM

Zaid Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO perlu terus memainkan peranan dalam membantu kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama dalam menyuarakan cadangan membina.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pemilihan UMNO kali ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran bahawa isu penting yang perlu diangkat parti segala aspek berkaitan ekonomi.

Menurutnya, UMNO mesti menjadi parti yang membawa perubahan membabitkan dasar radikal supaya ekonomi negara tidak lembab dan membuka peluang pekerjaan untuk graduan dengan gaji setimpal mengikut kelayakan masing-masing.

“Anwar adalah pemimpin baharu kita, dia juga perlukan sokongan, bukan setakat (sokongan) PH sahaja cukup. Dia berhadapan dengan sentimen Melayu-Islam yang lebih ekstrem, dia berhadapan dengan kelembapan cara kita membuat kerja, kegagalan institusi (institutional failures) di negara kita, sama ada penjawat awam, atau institusi lain yang memerlukan perubahan.

“Anwar memerlukan sokongan. Kalau DAP banyak sangat bercakap, nanti orang Melayu kata apa pula ini, DAP hendak mengambil alih. Senang saja naratif ini ditimbulkan. Jadi Anwar hendak harapkan kepada siapa? PKR? Bolehlah, tetapi PKR pula berapa kerat Melayu, maka naratif sama akan kekal diperkatakan.

“Jadi UMNOlah yang diharap untuk menolong dan saya rasa UMNO tidak boleh mengecewakannya dari segi itu. Cadangan kita sebagai rakan kongsi tidak semestinya semua diterima, tetapi kita tidak boleh takut atau marah.

“Pada saya UMNO mesti sanggup memberi pelbagai cadangan yang terbaik untuk Perdana Menteri dan kerajaan. Kalau tidak kita tidak akan berubah dan tidak akan mendapat keadaan yang lebih baik,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Getaran.

Zaid merupakan antara calon yang bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan kali ini.

Mengulas mengenai bidang yang boleh diterokai dengan lebih mendalam oleh kerajaan dalam melonjakkan prestasi ekonomi negara, Zaid berkata, terdapat banyak bidang wajar dipelajari ketika ini termasuk sains data, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

Jelasnya, negara seperti Korea Selatan dan Jepun dilihat jauh lebih dalam bidang teknologi, berbeza dengan Malaysia yang masih ketinggalan.

“Kita tidak boleh tunggu sebab sekarang ini, kapal terbang pun boleh digerakkan secara automatik, juruterbang seorang sahaja, itu pun untuk meyakinkan kita. (Sebenarnya) tidak perlu juruterbang pun sekarang.

“Begitulah sektor lain, pekerjaan tradisional akan berkurangan, sebab itu ekonomi sepatutnya menjadi perbualan harian, perancangan harian dan isu yang perlu diketengahkan oleh UMNO dalam kerajaan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, cabaran yang perlu dipikul UMNO ketika ini adalah untuk membangunkan orang Melayu dan menjadikan mereka lebih terpelajar.

UMNIO juga katanya, menggalas mandat berat untuk membangunkan ekonomi dan membawa negara ke depan, dengan berganding bahu bersama masyarakat pelbagai kaum yang wujud di Malaysia.

Beliau memberitahu, aspirasi tersebut adalah hasrat Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Perdana Menteri pertama itu mahu melihat negara ini menjadi sebuah negara yang gembira.

“(Tetapi) Kamu tidak boleh menjadi gembira kalau kumpulan ini berkelahi dengan kumpulan ini, kumpulan ini tidak percaya dengan kumpulan ini. Tidak bolehlah.

“Sebab itu, saya melihat peranan UMNO masih belum selesai. Yang selesai adalah (memperjuangkan) merdeka, yang merupakan bahagian yang mudah. Yang sukar adalah untuk mendidik orang Melayu, untuk mendidik agar mereka mendapat ilmu pengetahuan dan ekonomi yang terbaik di negara ini. Inilah cabarannya,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 8 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad