web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wujud ‘Saki Baki’ Unsur Komunis Dalam Politik Malaysia, Mereka Bergerak Secara…

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 5:00PM

Wan Ahmad Fayhsal berkata PN tidak akan berdiam diri dan akan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa masih wujud ‘saki baki’ unsur komunis dalam politik di negara ini.

Menurut beliau, ‘saki baki’ unsur tersebut dilihat mahu menjadikan Malaysia, sebuah negara republik dengan menjatuhkan Raja-Raja Melayu dan Islam yang sebelum ini dibawa oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

“Bila mana Tan Sri Abdul Hadi Awang dan PAS bertegas menentang unsur komunisme dalam politik Malaysia, ia merujuk kepada sejarah keganasan dan pengganas PKM. 

“Mereka bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara republik dengan menjatuhkan Raja-Raja Melayu dan Islam. 

“Saki-baki unsur ini masih ada dalam politik negara, cuma mereka bergerak secara halus,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Machang itu berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak akan berdiam diri dan akan memperjuangkan isu berkenaan agar hak keistimewaan orang Melayu serta Raja-Raja Melayu terbela. 

“Hal ini kami di PN akan terus menentang habis-habisan termasuk gerakan subversif ‘regime change’ bertopengkan promosi demokrasi. 

“Ia didanai pihak asing dari luar untuk mengubah politik Malaysia yang menjadi ancaman ke atas kedaulatan Melayu dan Islam,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin rakyat bijak menilai isu tersebut dari sudut neraca akademik dan kaca mata geo-politik antarabangsa. 

Pada masa sama, Wan Ahmad Fayhsal berkata, pihaknya akan mempelajari langkah bijak diambil mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam mengekang pengaruh PKM dengan menjalinkan hubungan diplomasi dengan China.

Jelasnya, Abdul Razak tidak gentar mengambil langkah tersebut kerana China di bawah kepimpinan Mao Zedong pada ketika itu, dilihat sebagai perintis kepada fahaman dan gerakan komunis sedunia semasa Perang Dingin. 

“Gerakan Komunis di Asia Tenggara termasuk PKM sangat dipengaruhi oleh fahaman komunis dari China yang ketika itu “mengeksport” revolusi komunisme ke seluruh dunia termasuk ke Malaysia. 

“Seperti petua peperangan Sun Tzu: mengalahkan musuh tanpa pertempuran, Almarhum Tun Razak melawan musuh “tanpa” menggunakan senjata, sebaliknya pihak musuh dimusnahkan dengan senjata mereka sendiri,” katanya. 

Wan Ahmad Fayhsal berkata, ketegasan Abdul Razak diterima pimpinan Parti Komunis China (PKC) demi mengukuhkan jalinan diplomasi antara kedua-dua negara. 

Katanya, dengan tindakan itu, Malaysia pada 1974 merupakan negara pertama dari Asia Tenggara menjalinkan hubungan dengan negara republik berkenaan.

“Maka secara automatiknya, kerajaan China meskipun diperintah oleh komunis dan pernah membantu PKM, kini telah dan akan berpihak kepada kerajaan Malaysia sekaligus membantu negara menoktahkan keganasan kumpulan itu,” katanya. 

Wan Ahmad Fayhsal antara ahli politik antarabangsa yang dijemput dalam perjumpaan anjuran PKC di Kedutaan Besar Republik China di sini, baru-baru ini. - Getaran, 17 Mac 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia