web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Lantik 3 Ahli Sertai Kepimpinan Tertinggi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 2:29PM

Pergerakan Pemuda UMNO melantik Mohd Hafiz Ariffin sebagai Setiausaha; Mohd Naim Kurniawan Moktar (Bendahari) dan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO - Gambar Facebook Dr Akmal Saleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO melantik tiga individu untuk menyertai kepimpinan tertinggi sayap parti berkenaan bagi penggal 2023-2026.

Ketiga-tiga individu terbabit adalah Mohd Hafiz Ariffin sebagai Setiausaha; Mohd Naim Kurniawan Moktar (Bendahari) dan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO. 

Pelantikan mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Tahniah atas lantikan tersebut dan diharapkan lantikan ini dapat mengukuhkan kekuatan Pemuda UMNO

"Selamat bertugas semua,” katanya. 

Sementara itu, Mohd Hafiz dalam hantaran di Facebook berkata, amanah dan tanggungjawab itu hadir dengan harapan yang tinggi. 

Jelasnya, beliau mengharapkan agar peranan tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan, sekali gus membantu kecemerlangan Pemuda UMNO.

"Saya memanjatkan rasa syukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO. 

“Insya Allah, saya akan laksanakan sebaik-baiknya demi institusi Pemuda yang kita semua cintai serta membantu barisan kepimpinan," katanya. 

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO yang telah memilihnya bagi mengisi jawatan tersebut. 

"Saya dengan rendah diri memohon bantuan dan nasihat dari rakan semua sepanjang saya menggalas dan menjalankan amanah ini. 

"Tahniah jua buat sahabat saya, Mohammad Solehin Mohamad Tajie dan Mohd Naim Kurniawan di atas pelantikan. Bersama kita pastikan Pemuda terus diperhebatkan,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia