web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:33AM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk menyertai PAS disifatkan sebagai satu pembohongan yang dilakukan demi kepentingan diri sendiri.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Seri Mohd Puad Zarkashi berkata, adalah amat menghairankan apabila Annuar hanya berupaya melihat ‘kejujuran’ PAS selepas lapan kali kedua-duanya saling bertarung di gelanggang pilihan raya.

Menurut beliau, ‘kejujuran’ PAS itu hanya kelihatan selepas Annuar kehilangan jawatan dan dipecat daripada parti.

“Siakap senohong, gelama ikan duri.

Masuk PAS cakap bohong kerana kepentingan diri.

“Annuar kata, dia tidak akan menyertai semula UMNO walaupun (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) ‘merayu’ agar ahli UMNO yang dipecat kembali ke pangkuan UMNO. 

“Zahid tidak cakap pun begitu. Zahid kata, pintu UMNO terbuka untuk  bekas ahlinya hadir PAU 2023 (Perhimpunan Agung UMNO 2023),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas keputusan Annuar menyertai PAS, selepas ‘berehat’ selama beberapa bulan setelah dipecat daripada UMNO.

Borang keahlian Annuar itu diserahkan kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada program Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Senawang, kelmarin.

Annuar ketika berucap pada program tersebut dipetik sebagai berkata, beliau memilih PAS selepas UMNO tidak berminat mendukung muafakat Melayu melalui pembentukan Muafakat Nasional.

Katanya, beliau menawarkan diri untuk menjadi ahli PAS dan sedia berkhidmat tanpa sebarang syarat atau tekanan daripada sesiapa.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Puad berkata, UMNO bertindak matang dan terbuka jika ada kalangan ahlinya yang dipecat sebelum ini merayu untuk kembali menyertai parti.

“(Tapi) Dengan angkuh Annuar kata, tidak ada sebab sisa sisa hartanya dihabiskan untuk UMNO. Baguslah. 

“Tapi jangan pula masuk PAS kerana  jawatan untuk tambah harta yang tinggal sisa. Atau baru sekarang Annuar nampak, masuk PAS masuk syurga. Jawab Shahidan, jawab,” katanya, sinis. - Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia