web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dijangkiti Influenza, Tok Mat Cuti Kempen 3 Hari

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 9:03AM

Mohamad Hasan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangkiti virus influenza dan diarahkan oleh doktornya untuk berehat dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Menerusi satu hantaran video di laman Facebooknya, Mohamad, yang juga calon dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, turut memohon maaf kepada pengundi dan jentera parti Barisan Nasional (bn) kerana tidak dapat menyertai kempen selama tempoh itu.

“Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya downdengan influenza...saya batuk teruk dan demam. Doktor telah pesan kepada saya berehat dan jangan keluar, takut berjangkit,” kata Menteri Pertahanan itu yang lebih mesra dipanggil Tok Mat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyampaikan pesanan kepada jentera untuk meneruskan gerak kerja di kawasan yang telah dijadualkan. 

“Kepada jentera, teruskan gerak kerja di kawasan-kawasan yang saya berjanji untuk pergi dalam tiga hari ini. Saya tidak boleh nak keluar, saya harap saya boleh jumpa seberapa ramai pengundi setelah sembuh nanti, insya-Allah,” katanya. 

Kerusi DUN Rantau pada PRN, 12 Ogos ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohamad dan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Rozmal Malakan.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Teruskan PLKN, Pelatih Jalani Latihan Di Kem Tentera

2

Politik 9 bulan yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

3

Politik 10 bulan yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

4

Politik 10 bulan yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa