web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Teruskan PLKN, Pelatih Jalani Latihan Di Kem Tentera

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 2:56PM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan kaedah latihan yang berbeza, termasuk memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, terdapat 13 kem tentera Wataniah yang boleh menampung sebanyak 20,000 pelatih bagi latihan PLKN selama 45 hari.

“Kerajaan sudah memikirkan untuk meneruskan semula PLKN ini. Jemaah Menteri pada 2021 telah pun meluluskan untuk mengkaji semula cara baharu untuk meluluskan PLKN kerana ia amat baik untuk memberikan asas ketatanegaraan kepada belia kita.

“Satu jawatankuasa khas sudah ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN ini, tetapi dengan template (acuan) baharu, bukan dengan menggunakan template lama yang dulu dilakukan lebih kepada kem musim panas.

“Tetapi kita mahu kali ini (PLKN dilaksanakan) tanpa berbelanja banyak, tetapi lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan yang akan menyertainya nanti," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan semula PLKN sebagai satu inisiatif di bawah kementerian.

Menurut Mohamad, PLKN 3.0 ini akan dilaksanakan secara dua fasa iaitu Fasa 1 dilakukan di peringkat sekolah melibatkan pelajar tingkat empat dengan program badan beruniform yang sedia ada diperkasakan lagi.

“Lepas (menduduki) SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), mereka masuk Fasa 2 dan belia-belia yang lahir pada proses PLKN Fasa 2 disambut pula kelahirannya oleh agensi lain.

“Kalau tidak, dahulu pergi hore-hore, selepas itu tidak ada apa-apa, tidak ada kesinambungan. ‘Kelahiran’ mereka ini tidak disambut dan mereka terpinga-pinga, dengan semangat berkobar-kobar tetapi mereka tidak tahu apa-apa,” katanya.

Beliau berkata, di bawah PLKN Fasa 2, latihan hanya mengambil masa 45 hari dengan 90 peratus modulnya bersifat ketenteraan untuk membina jati diri mereka sebagai belia yang kuat, bertenaga dan sihat, manakala 10 peratus lagi berasaskan tata negara.

Mohamad berkata, langkah itu juga sebagai penyediaan guna tenaga belia terlatih yang mempunyai jati diri dan semangat cintakan negara yang kemudian boleh diserap oleh agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Selain itu, katanya, langkah mengadakan PLKN 3.0 di kem tentera dan pusat latihan polis mampu mengurangkan kos daripada lebih RM500 juta setahun yang ditanggung kerajaan sebelum ini kepada RM100 juta setahun dengan tenaga pengajar dalam kalangan tentera itu sendiri.

Mohamad berkata, PLKN 3.0 itu juga tidak akan menggunakan acuan Singapura dan Korea kerana ia lebih bersifat kerahan tenaga, namun akan menggunakan acuan sendiri yang diubah suai. 

Katanya, kertas kerja berhubung perkara itu kini sedang disiapkan di peringkat kementerian dan akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diluluskan, sebelum PLKN 3.0 bermula.

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun, manakala purata perbelanjaan sebanyak RM600 juta setahun.

Ia kemudian dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 orang setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.

Sementara itu, pada sidang media di lobi Parlimen, Mohamad berkata, kapal tempur pesisir (LCS) pertama dijangka siap pembinaannya pada Oktober 2026 dengan semua kelengkapan utama sudah siap dipasang.

Selepas siap pembinaannya, beliau berkata, LCS itu akan dibawa ke limbungan untuk melalui dua ujian iaitu ujian penilaian di pelabuhan dan di laut, yang mengambil tempoh hingga 11 bulan.

Sekiranya melepasi kedua-dua ujian itu, katanya, barulah LCS berkenaan diluluskan untuk digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tujuan mempertahankan kedaulatan perairan negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Mohamad Sabu Bebas Tuduhan Rasuah RM6.48 Juta

3

Politik 10 bulan yang lalu

Dijangkiti Influenza, Tok Mat Cuti Kempen 3 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Latihan Menembak: Lembaga Penyiasatan Terdiri Daripada Pakar Letupan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya