web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Libatkan Saya Dengan Permainan Politik - Johari

Politik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 3:06PM

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Johari Abdul meminta supaya tidak melibatkan beliau dalam sebarang permainan politik, kerana tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah menguruskan persidangan supaya ia berjalan dengan lancar.

Johari berkata, beliau akan terus berlaku adil dalam mengendalikan perkara itu, tanpa mengira sama ada melibatkan pihak kerajaan mahupun pembangkang.

"Saya di sini tidak memihak, di sebelah kanan saya bertanggungjawab, di sebelah kiri juga saya bertanggungjawab. Saya diletakkan di sini sebagai insan yang akan mengendalikan perjalanan (Parlimen) agar keputusan yang diambil memanfaatkan rakyat," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab perkara yang dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong), yang memohon petuanya berkaitan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang disifatkan menghentam beliau di luar dewan, seperti disiarkan oleh sebuah portal baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Hamzah berkata, pihak pembangkang diperlakukan dengan tidak adil di Dewan Rakyat, selain turut menempelak Johari sebagai speaker pertama dilantik tanpa latar belakang perundangan.

Mengulas mengenai perkara itu Johari berkata, beliau tidak kisah dengan apa jua kecaman terhadapnya yang dilakukan di luar Parlimen.

"Apa-apa juga yang diungkapkan dalam dewan ini yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusan saya, saya akan ambil tindakan, namun pun begitu sesiapa juga boleh hina saya di luar, boleh panggil saya tidak layak... tidak menjadi isu kepada saya.

"Saya berkhidmat untuk dewan ini, di luar terpulanglah nak kata tak cerdik ke, tak layak, ia bukan tugas saya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad