web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 12:39PM

Calon Barisan Nasional, Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (tengah) ketika bertemu pengundi di FELDA Neram Satu sempena kempen Pilihan Raya Kecil Kemaman. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Peneroka FELDA di sini menaruh harapan tinggi agar Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dapat mengubah ‘nasib’ fasiliti dan infrastruktur uzur serta terbiar di enam tanah rancangan di kawasan Parlimen itu.

Ketua Peneroka Felda Neram Satu, Abd Aziz Ibrahim mendakwa sejak berlaku perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri, kemudahan disediakan kerajaan terdahulu yang sepatutnya diselia majlis daerah seperti dewan orang ramai di tempatnya, terbiar tanpa diselenggara.

“Parti yang memerintah sekarang di Terengganu saya lihat tidak dapat melaksanakan banyak tugas dan tanggungjawab, terutama sekali di tempat saya dengan dewan dan fasiliti banyak terbiar, sehinggakan peneroka sendiri terpaksa mengambil inisiatif membersihkan kawasan ditinggalkan.

“Sebelum ini tidak pernah terjadi. Dewan terjaga, masjid terjaga dan penuh dengan aktiviti,” katanya kepada BERNAMA.

Daerah Kemaman yang terletak di selatan Terengganu itu mempunyai enam tanah rancangan Felda dengan jumlah pengundi hampir 20,000 daripada keseluruhan 141,790 pengundi yang layak bagi PRK itu.

Sementara itu, seorang lagi peneroka Muhammad Jusoh, 73, yang menetap di FELDA Neram Satu sejak 1970-an, mengakui isu itu berlaku hanya pada fasiliti di bawah seliaan majlis daerah, sementara fasiliti di bawah selenggaraan FELDA berada dalam keadaan terurus.

“Sejak saya mula menetap di sini, saban tahun banyak kemudahan-kemudahan telah disediakan. Kerajaan negeri yang ada sekarang ini cuma perlu bantu jaga sahaja. Tapi itu tidak berlaku,” katanya.

Muhammad Rajmir Ramli, 50, pula berharap Ahli Parlimen Kemaman yang dipilih nanti dapat mengusahakan sebuah klinik kesihatan dan pondok polis bagi memudahkan urusan peneroka.

“Sekarang ini tidak ada klinik kesihatan ataupun sekurang-kurangnya pondok polis. Sebagai contoh jika berlaku kematian, balai polis paling hampir untuk kami membuat laporan terletak 15 kilometer dari sini,” katanya.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, PRK Kemaman ini adalah peluang bagi peneroka memilih wakil rakyat yang boleh memberikan fokus sepenuh masa kepada pengundi di kawasan, berbanding individu yang mempunyai komitmen lain.

“Kalau orang yang dipilih itu tidak boleh beri sepenuh masa kerana tugas-tugas lain yang berat, saya merasakan ia akan menyebabkan keadaan lebih sukar lagi untuk memenuhi keperluan masyarakat FELDA.

“Bukan semuanya boleh diselesaikan FELDA, tetapi wakil rakyat yang baik akan mencari cara memenuhi dan menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan isu dewan, infrastruktur dan sebagainya,” katanya ketika ditemui.

Ahmad Shabery berkata, isu-isu besar lain, terutama berkaitan perumahan dan pekerjaan kepada generasi baharu FELDA hanya dapat diselesaikan sekiranya ada hubungan yang baik antara wakil rakyat dan kerajaan Persekutuan.

PRK Kemaman menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Disember ini bagi hari mengundi untuk PRK Kemaman yang diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

4

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia