web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK: Ng Sze Han Ketuai Jentera PH Pertahan Kerusi Kuala Kubu Baharu

Politik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 8:26AM

Setiausaha DAP Selangor, Ng Sze Han. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Setiausaha DAP Selangor, Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang akan diadakan pada 11 Mei depan.

Setiausaha PH Selangor, Dr Mohd Khairudin Othman berkata, pelantikan Ng dibuat pada mesyuarat bersama kepimpinan PH Selangor, semalam.

Mohd Khairudin berkata, selain beliau, Ng yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor akan dibantu oleh Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.

"Pasukan ini akan menubuhkan beberapa jawatankuasa utama dan telah sedia untuk bergerak secara rasmi bermula dari hari penamaan calon sehingga tiba hari mengundi.

"Pasukan ini juga akan menyelaras gerak kerja dan kempen yang akan dirangka oleh PH Selangor dan membuat persiapan serta menyelaras tugas berkait kempen PRK Kuala Kubu Bharu dengan PH pusat serta parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Khairudin juga berkata, PH belum memutuskan calon pada PRK berkenaan kerana perkara itu masih dalam perbincangan.

Khamis lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing- masing pada 27 April dan 7 Mei, manakala hari pengundian pada 11 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong, susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Lee, 58, yang menguasai kerusi di bawah Parlimen Hulu Selangor itu sejak 2013, meninggal dunia selepas berapa tahun bergelut melawan kanser. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Selangor Beri Pengecualian Fi Lesen Penjaja, Cukai Taksiran Bagi 2023

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tutup Kilang Di Selangor Bukan Di Bawah PBT - Exco Negeri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad