web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tutup Kilang Di Selangor Bukan Di Bawah PBT - Exco Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 1:20PM

Ng Sze Han - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor tidak mempunyai kuasa bagi menutup kilang dalam membendung penularan COVID-19 kerana kuasa tersebut di bawah kerajaan persekutuan, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri Ng Sze Han.

Sze Han berkata Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tidak menerangkan berhubung tindakan PBT untuk mengarahkan penutupan kilang.

Beliau berkata walaupun seksyen berkenaan dirujuk seakan-akan memberi kuasa mutlak kepada PBT untuk membatalkan lesen, tindakan pembatalan harus dilakukan mengikut syarat serta parameter yang tertera dalam lesen pada waktu ia dikeluarkan dan bukannya bersifat arbitrari, dilakukan secara sewenang-wenangnya atau tanpa asas.

“Lesen pengoperasian kilang yang dikeluarkan oleh PBT adalah sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta 171 sahaja.

“Ia tidak melibatkan hal ehwal kesihatan berkenaan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit yang mana undang-undang kesihatan berkenaan hal itu dikuatkuasakan oleh kerajaan persekutuan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas berhubung penggunaan peruntukan Akta 171 khususnya Seksyen 107(2) untuk menutup kilang dengan membatalkan lesen yang dikeluarkan oleh PBT.

Sze Han berkata penentuan Tatacara Pengendalian atau prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi serta dikuatkuasakan melalui Akta 342 sejak 18 Mac tahun lepas.

Katanya, ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di hampir seluruh Selangor.

Beliau berkata walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah meminda Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 pada 3 Mac lepas namun ia bukan bermaksud PBT mempunyai kuasa menutup kilang.

“Pindaan itu dibuat bagi membolehkan pegawai kesihatan persekitaran di PBT membantu menjalankan penguatkuasaan SOP dan arahan kerajaan persekutuan,” katanya.

Sze Han berkata secara kesimpulannya, PBT di Selangor menjalankan tugas secara telus dan bertanggungjawab mengikut parameter undang-undang serta doktrin kedaulatan undang-undang dan perlakuan yang adil dan saksama melalui peruntukan Akta 342. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

PRK: Ng Sze Han Ketuai Jentera PH Pertahan Kerusi Kuala Kubu Baharu

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jaringan Kerjasama Antara PBT Negeri Beri Manfaat Kepada Masyarakat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Wisma YPR: PBT Boleh Minta Pemilik Premis Lantik Perunding

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penduduk Dapat Perkhidmatan Terbaik Jika Lebih Banyak PBT Di Pulau Pinang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 2 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut