web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh Wisma YPR: PBT Boleh Minta Pemilik Premis Lantik Perunding

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 9:41PM

Walaupun premis adalah milik swasta dan berada di bawah penyelarasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihak Kementerian Kerja Raya sekali lagi ingin menegaskan bahawa ia bersedia menawarkan bantuan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) berhak untuk meminta pemilik premis Wisma YPR, Taman Seputeh di sini untuk melantik perunding bagi menyiasat, membuat laporan dan mengemukakan kaedah pembaikan berhubung insiden tanah runtuh di pondok pengawal di bangunan itu.

Beliau berkata, perkara itu untuk membolehkan pihak premis dan perunding mengusulkan perkara terbabit kepada PBT untuk sebarang kelulusan.

Katanya, beliau juga sekali lagi ingin menegaskan walaupun premis itu adalah milik swasta dan berada di bawah penyelarasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihak kementeriannya sekali lagi ingin menegaskan bahawa ia bersedia menawarkan bantuan.

“Bantuan ini bersedia ditawarkan dalam apa juga cara di bawah kapasiti KKR, sekiranya diperlukan.

“Buat masa ini, KKR belum menerima sebarang permohonan sedemikian. Saya difahamkan PBT berhak untuk memohon pemilik premis melantik perunding bagi menyiasat, membuat laporan serta mengemukakan kaedah pembaikan kepada PBT bagi kelulusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran itu, Alexander turut berkongsi video berdurasi 58 saat ketika beliau turun padang hari ini untuk mengadakan tinjauan di lokasi tanah runtuh di pondok pengawal Wisma YPR berkenaan.

“Sebentar tadi, saya meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di pondok pengawal di Wisma YPR, Taman Seputeh.

“Dalam perbualan dengan beberapa pekerja di bangunan berkenaan, saya mendapat gambaran awal bagaimana kejadian menyedihkan yang meragut nyawa seorang pengawal keselamatan itu, berlaku tengah malam tadi,” katanya.

Malah, beliau berkongsi kata-kata diluahkan pekerja itu yang sedih dengan kejadian terbabit.

“Sekarang cuaca tidak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Hujan lebat tiba-tiba dan tanah runtuh terjadi tanpa ada apa-apa petanda awal.

“Memang tidak sangka, tetapi apakan daya sudah terjadi,” katanya memaklumkan apa diperkatakan pekerja bangunan terbabit.

Selain itu, Alexander berkata, melalui tinjauan sama, dapat dilihat kerja pembersihan tapak sudah dilaksanakan dan ‘tarpaulin sheet’ di kawasan cerun runtuhan dipasang, bagi mengelakkan resapan air hujan terus ke tanah.

Ujarnya, beliau difahamkan oleh pekerja bangunan terbabit, DBKL dan bomba sudah turun ke tapak kejadian bagi melaksanakan tindakan awal sewajarnya.

“Dalam keadaan cuaca tidak menentu pada ketika ini, saya ingin menyeru semua pihak agar dapat menyalurkan maklumat dengan kadar segera sekiranya ternampak atau menyedari sebarang pergerakan tanah yang dikhuatiri boleh menyebabkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Terdahulu, Alexander memaklumkan, kejadian itu difahamkan berlaku apabila tebing setinggi kira-kira enam meter menghempap pondok tempat mangsa bertugas, menyebabkannya tertimbus, dalam kejadian tengah malam tadi.

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR), termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), berjaya menemui mayat mangsa di kedalaman tiga meter pada jam 6.23 pagi tadi,” katanya.

Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Rizuan Razali dilaporkan berkata, lelaki berusia 73 tahun itu disahkan petugas kesihatan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, katanya, mangsa sedang bertugas dan berada di dalam pondok pengawal.

Jelasnya, sebelum kejadian berlaku, terdapat bongkah batu jatuh berhampiran pondok pengawal keselamatan itu, pada 8 malam semalam.

“Difahamkan, pengawal keselamatan berkenaan hendak membuat laporan berhubung bongkah batu yang jatuh itu, namun tidak sempat.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.53 tengah malam tadi dan tiba di lokasi kejadian pada 1.05 pagi,“ katanya. – Getaran, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad