web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jaringan Kerjasama Antara PBT Negeri Beri Manfaat Kepada Masyarakat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 10:06AM

Hubungan baik pihak berkuasa tempatan (PBT) antara negeri mampu meluaskan lagi perkongsian pelbagai inovasi dan penambahbaikan sistem yang memberi manfaat kepada masyarakat. - Gambar Facebook MALA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Hubungan baik pihak berkuasa tempatan (PBT) antara negeri mampu meluaskan lagi perkongsian pelbagai inovasi dan penambahbaikan sistem yang memberi manfaat kepada masyarakat. 

Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Datuk Shadan Othman berkata dengan pelbagai cabaran baharu yang semakin kompleks, hubungan baik antara PBT menerusi perkongsian inovasi dilihat menjadi kunci penyelesaian masalah yang dihadapi. 

"Macam masa ini, kita lihat banyak inovasi yang dipamerkan oleh PBT yang hadir dan tidak mustahil jika contoh-contoh inovasi ini disuaicarakan di Melaka atau yang baik dari Melaka, digunakan oleh PBT lain. 

"Justeru, jaringan hubungan antara PBT akan diperluas terutama dari segi inovasi, perkhidmatan perbandaran dan kesejahteraan masyarakat," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan PBT Malaysia kali ke-22 di sini yang dirasmikan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin. 

Terdahulu, pada mesyuarat berkenaan Shadan dilantik sebagai Presiden MALA menggantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk P. Rajendran Anthony bagi tempoh 2023 hingga 2025. 

Mengulas lanjut, antara sasaran lain selepas pelantikanya itu ialah memperkasakan kebajikan semua PBT yang berdaftar di bawah MALA. 

"Setakat ini, 102 daripada 155 PBT yang ada di Malaysia berdaftar di bawah MALA dan kita akan giatkan promosi bagi menarik PBT yang belum berdaftar untuk melakukannya dan kita yakin dalam tempoh terdekat lebih banyak yang akan bersama kita berdasarkan kesedaran yang semakin meningkat," katanya. 

Sementara bagi Melaka, Shadan berkata pihaknya akan mempromosikan negeri ini untuk menjadi tuan rumah atau mempengerusikan sebarang perbincangan. 

"Kita mahu jadikan Melaka sebagai contoh tempat terbaik melakukan perbincangan dan dalam masa yang sama, kita mahu menjadi PBT dan negeri contoh kepada yang lain seperti negeri terbersih dan inovasi," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan