web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hezry Yasin Bukan Lagi Exco Pemuda PAS Selangor, Pendirian Tak Wakili Parti

Politik Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Apr 2024 4:54PM

Kali akhir Hezry Yasin (gambar) menyandang portfolio Exco ialah pada 2021 - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hezry Yasin yang namanya sedang hangat gara-gara enggan berdoa untuk Sultan dan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam Dewan Pemuda PAS Selangor.

Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, kali terakhir Hezry menyandang portfolio sebagai Exco Dewan ialah pada 2021.

Menurut beliau, Pemuda PAS Johor amat terkilan apabila tersebarnya satu hantaran yang dibuat oleh Saudara Hezry berkenaan ‘Doa Sultan sewaktu Khutbah Jumaat’.

“Pendirian dan pandangan Hezry merupakan pendirian peribadi dan tidak mewakili PAS apatah lagi Pemuda PAS. 

“PAS dan Pemuda PAS Johor sentiasa kekal menjunjung Institusi Raja Berpelembagaan bahkan mempertahankannya disaat ada kelompok yang cuba untuk mengganggu gugat ia melalui  Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD),” katanya.

Ahmad Nawfal Mahfodz - gambar Facebook
Ahmad Nawfal Mahfodz - gambar Facebook

Jelas Ahmad Nawfal, Pemuda PAS sentiasa berpegang teguh kepada hadis Nabi Muhammad SAW untuk terus mendoakan pemerintah khususnya Tuanku Sultan serta institusi raja berperlembagaan.

“Rasulullah SAW Bersabda : ‘Mereka (para pemerintah) mendoakan (kebaikan) untuk kamu, dan kamu mendoakan (kebaikan) untuk mereka,’. (Hadith Riwayat Muslim).

“Fudhail bin Iyadh berkata, maksudnya : ‘Andai aku punyai doa yang mustahab, nescaya akan aku panjatkan doa untuk pemerintah’,” katanya. 

Tegas beliau, Pemuda PAS Johor yakin bahawa Pemuda PAS Selangor tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hezry Yasin.

“Pemuda PAS Johor menyeru agar ahli-ahli dan masyarakat sentiasa bertenang. Kami melahirkan rasa kesal dengan pandangan peribadi Hezry. Kami percaya dengan tindakan beliau memadamkan hantaran tersebut adalah kerana beliau sedar atas kesilapan dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. 

“Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sentiasa mendoakan kesejahteraan ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta kerabat-kerabat diraja Johor sekalian,” katanya.

Hantaran Hezry Yasin di Facebook yang dianggap menghina institusi Raja - gambar Facebook
Hantaran Hezry Yasin di Facebook yang dianggap menghina institusi Raja - gambar Facebook

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Aubidullah Fahim berkata, Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) sentiasa menjunjung tinggi insitusi Raja Berperlembagaan sebagaimana yang tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Susulan itu, kenyataan Hezry  berkenaan ‘doa untuk Raja’ katanya, jelas tidak mewakili pendirian dan bertentangan dengan dasar perjuangan parti.

“Malahan, saudara Hezry juga bukanlah Exco DPPNS pada masa kini. Justeru segala kenyataan beliau tidaklah mewakili DPPNS atau mana-mana entiti dalam PAS.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar sekiranya tindakan saudara Hezry ini melanggar displin parti,” katanya.

Aubidullah memberi jaminan, DPPNS juga memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak PDRM untuk menjalankan siasatan lanjut bagi melunasi proses undang-undang. - Getaran, 14 April 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan