Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:08AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUAALA LUMPUR - Selepas berhasil mengemudi Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kuasa di Selangor, prestasi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari tidak perlu dipertikaikan.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) Mei ini, sekali lagi pencapaian beliau bakal menjadi taruhan.

Memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB adalah kerusi marginal dan campuran antara masyarakat bandar serta luar bandar, sudah tentu pelbagai inisiatif di bawah kepimpinan Amiruddin sejak menerajui Selangor bakal menarik perhatian 40,015 pengundi berdaftar di situ.

Tidak dapat dinafikan, sejak mula menerajui Selangor pada 2018, perancangan sistematik beliau dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri  berhasil melonjakkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor kepada kerajaan Pusat, daripada 23.7 peratus kepada 24.3 peratus pada 2020, iaitu sewaktu negara mula berdepan ancaman COVID-19.

Bukan sekadar bersandarkan pengurusan ekonomi semata-mata, pendekatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu yang memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk semua lapisan masyarakat berhasil ‘memikat’ rakyat supaya terus setia bersama PH.

Endeavour-MGC (EMGC) menerusi tinjauan sekitar 22 hingga 28 Julai tahun lalu ke atas pengundi kerusi marginal DUN di Selangor mendapati, 69 peratus pengundi Melayu mahu Amirudin terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Persoalannya, sejauh mana kejayaan dilakar beliau dapat menangani sentimen 3R (agama, raja dan kaum) serta kos sara hidup yang berterusan mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat? 

Meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir lapan bulan lalu, semua isu tersebut dijangka terus menjadi ‘peluru’ pemimpin pembangkang, bagi menghangatkan kempen PRK KKB tidak lama lagi.

Umum mengetahui isu 3R dan kos sara hidup pernah menghangatkan suhu politik tanah air, malah ia hampir menjejaskan sokongan parti komponen Kerajaan Perpaduan Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisommuddin Bakar.
Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisommuddin Bakar.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisommuddin Bakar berkata, prestasi Kerajaan Perpaduan Selangor dijangka menjadi panduan untuk pengundi PRK KKB sebelum memangkah pilihan masing-masing di kertas undi. 

Beliau meramalkan, Amiruddin sekali lagi pasti berhasil menarik dan memikat sokongan pengundi di DUN tersebut.

Katanya, walaupun peratusan keluar mengundi dan kenaikan kos sara hidup bakal mempengaruhi pilihan pengundi, prestasi cemerlang Amirudin diyakini mampu memainkan peranan sebagai faktor penarik untuk mereka kekal memilih PH. 

"PH bagaimanapun tidak boleh terlalu selesa dalam PRK KKB, namun pada masa sama, tidak bermakna Perikatan Nasional (PN) mampu beroleh kejayaan," katanya.

Jelas Hisommuddin, kemenangan calon dan parti bergantung kepada kadar peratusan keluar mengundi,  khususnya dalam kalangan kaum Cina yang dijangka berkurangan berbanding PRN Selangor tahun lalu.

“Dalam keadaan kerajaan dibelenggu pelbagai masalah seperti pendaftaran PADU dan peningkatan kos sara hidup yang tidak kesudahan, ia mungkin menjadikan Kerajaan Perpaduan kurang popular dan tidak mustahil berlaku undi protes.

“Keadaan ini (undi protes) boleh menyebabkan berlaku dua situasi, antaranya pengundi tidak keluar mengundi atau menyokong parti lawan,” katanya.

Ditanya sama ada faktor kaum masih menjadi penentu pengundi dalam PRK itu, Hisommuddin berkata, ia masih berlaku.

Katanya, pengundi masih melihat faktor kaum sebagai penentu sebelum memangkah kertas undi.

“Dalam soal ini, PH juga berdepan dilema sama ada mahu menurunkan calon Melayu atau Cina. Jika letak calon Melayu, mungkin pengundi Cina akan keluar mengundi atau tidak. Sekiranya mereka mengundi sekali pun, kaum ini akan melihat daripada sudut parti.

“Bagi PN pula, mereka dilihat mempunyai kelebihan jika meletakkan calon Melayu berbanding Cina kerana pengundi Melayu akan cenderung kepada calon Melayu,” katanya.

Profesor Dr Kartini Aboo Talib
Profesor Dr Kartini Aboo Talib

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, calon Melayu tidak akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Melayu kepada PH pada PRK KKB nanti. 

“DAP menang di DUN sana tiga penggal, ditambah pula di kawasan ini, lebih 50 peratus adalah (pengundi) bukan Melayu. Jika DAP bersedia meletak calon Melayu, pengundi Cina akan sokong atas kesetiaan kepada DAP dan mengharapkan kaedah ini memberikan kesan ‘spill over’ untuk  kawasan lain yang pro-PN beralih menyokong PH-DAP-UMNO.

“Cuma untuk orang Melayu di Hulu Selangor segera beralih undi kepada PH agak sukar. Komposisi masyarakat Melayu-Islam masih mendahului di Hulu Selangor dan isu kepenggunaan seperti kenaikan harga barang, minyak, beras dan telur menyebabkan agak sukar untuk PH menawan hati pengundi, apatah lagi mereka kurang menjuarai soal agama dan Melayu-Islam,” katanya.

Komposisi kaum pengundi DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan 40,015 pengundi terbahagi kepada 45 peratus kaum Melayu, Cina (30 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (lima peratus). 

Pada PRN Selangor tahun lalu, calon DAP, Lee Kee Hiong mempertahankan kerusi KKB dengan majoriti 4,119 undi dalam saingan tiga penjuru antara PN, Parti Rakyat Malaysia dan MUDA.

Kee Hiong, 58, yang berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Bharu sejak 2013, meninggal dunia pada 21 Mac lalu. - Getaran, 18 April 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

2

Politik 3 minggu yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 3 minggu yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

Politik 3 minggu yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Sukan 9 jam yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Semasa 6 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 8 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI