web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2024 5:13PM

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil (tengah) ketika ditemui media hari ini - Gambar BERNAMA.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti itu tidak turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi PH berkata sebaliknya Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari adalah antara pemimpin yang paling kerap turun berkempen membantu calon itu di KKB.

"Dakwaan itu jauh daripada realiti, malah saya difahamkan (Amirudin) mengadakan Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri Selangor di KKB ini, (dan) saya pun ada di sini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Rangka Kerja Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur di sini hari ini.

Mengenai penglibatan beberapa pemimpin pembangkang di dalam siri kempen Pang yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata ia tindakan sukarela pihak berkendan.

"Saya lihat contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari, beliau agak proaktif dan saya percaya dia menawarkan diri untuk terlibat, dua tiga malam sudah berkempen bersama PH dan Ahli Parlimen Tanjong Karang (Datuk Dr Zulkafperi Hanapi) pun ada (berkempen), jadi saya kira ini hak mereka," katanya.

Pada 6 Mac lepas, Abdul Rashid yang juga bekas Pengerusi BERSATU Selangor mengisytiharkan menyokong kepimpinan Amirudin manakala Zulkafperi yang juga daripada BERSATU  pula mengumumkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar pada Januari lepas.

Sementara itu Naib Ketua Wanita I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri berkata kehadirannya ke KKB adalah bukti sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap calon yang dipertaruhkan Kerajaan Perpaduan bagi PRK berkendan.

"GPS jarang bercakap politik tetapi dengan kehadiran kami menunjukkan sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan..Itu (dakwaan)biasalah dalam politik, kita tak perlu sensitif dan perlu bijak. Tak payah saya nak bergaduh dengan PN (Perikatan Nasional dalam hal ini)," katanya.

Media sebelum ini melaporkan PN mempersoalkan ketidakhadiran pemimpin Kerajaan Perpaduan termasuk dari GPS bagi membantu kempen calon PH.

PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang