Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 9:05PM

Wan Ahmad Fayhsal disifatkan seorang pemimpin yang sering tidak tetap pendirian - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal disifatkan amat terdesak  mencari pengaruh semata-mata untuk survival perjalanan politik miliknya.

Menyamakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai mengkarung, aktivis Liyana Marzuki berkata, perubahan pendirian Wan Ahmad Fayhsal dalam beberapa isu membuktikan perkara tersebut.

Memberikan isu sekolah vernakular sebagai contoh, beliau berkata, Wan Ahmad Fayhsal pada 2020 yang terdesak untuk mendapat sokongan Melayu menggesa sekolah jenis itu ditutup.

“Kata Wan Ahmad Fayhsal, usaha berkenaan perlu menjadi keutamaan agenda nasional dan bukannya digunakan sebagai bahan politik untuk sekadar meraih undi.

“Ketika undi bukan Melayu diperlukan sesangat untuk PRK KKB, ini kenyataan dia pulak: “PN tidak menentang sekolah vernakular sebaliknya menyokong ia ‘diperkayakan’ dengan kurikulum kebangsaan.

“Seperti yang kita kata di Parlimen, kita suka sekiranya sekolah vernakular diperkayakan dengan kurikulum kebangsaan supaya ia mencerminkan karakter kebangsaan.

“Pada dasarnya, PN tidak akan tutup sekolah vernakular,” katanya, memetik kenyataan pemimpin BERSATU itu ketika berkempen. 

Liyana Marzuki - gambar fail
Liyana Marzuki - gambar fail

Jelas Liyana, perilaku seekor mengkarung sebenarnya banyak terdapat dalam dunia politik, sama ada tua atau muda.

“Dalam politik banyak mengkarung, baik yang muda atau yang tua. 

“Kerja kita kenalpasti mereka. Dan lontarkan kembali ke mukanya,” tegasnya.

Sekadar info, Wan Ahmad Fayhsal dan kontroversi sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Beliau seringkali dilihat mengeluarkan kenyataan yang kemudian ‘menjerat’ dirinya kembali. - Getaran, 3 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Lepas 'Kantoi' Tidur, Wan Fayhsal 'Kantoi' Edit Poster Pula

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Yayasan AlBukhary: Wan Fayhsal Bersorak Selepas Disahkan Beliau Tidak Buat Laporan Polis

3

Sukan 2 tahun yang lalu

5 Atlet Para Berpotensi Besar Menyinar Di Tokyo

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Semasa 22 jam yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN