web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lepas 'Kantoi' Tidur, Wan Fayhsal 'Kantoi' Edit Poster Pula

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2023 3:41PM

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sering terjebak dalam kontroversi - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Nama Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sememangnya tidak pernah sunyi dari kontroversi.

Selepas tular apabila ‘kantoi’ tidur ketika sesi Dewan Rakyat di Parlimen, kelibat ‘Mat Jargon’ itu sekali lagi menjadi sebutan di media sosial.

Kali ini gara-gara tindakannya yang menyunting sebuah poster berlatar belakang wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tanpa kebenaran.

Gambar Wan Ahmad Fayhsal yang tidur ketika di Dewan Rakyat dan menimbulkan kontroversi - gambar fail
Gambar Wan Ahmad Fayhsal yang tidur ketika di Dewan Rakyat dan menimbulkan kontroversi - gambar fail

Lebih ‘menggelikan hati’, perbuatannya itu disedari pemilik sebenar poster berkenaan, yang kemudian memuat naik ciapan di X bagi menuntut penjelasan.

Dikenali sebagai Sueannajoe atau @sueannajoe_,  wanita terbabit meminta penjelasan Wan Ahmad Fayhsal dan turut mengulang ciap hantaran awal Ketua ARMADA BERSATU itu bersama posternya yang telah disunting.

“Siapa yang edit ni. We need to talk,” katanya menerusi ciapan terbabit.

Menerusi bebenang, Sueannajoe memberitahu, beliau sebenarnya mahu menunggu balasan untuk pesanan peribadi yang dihantar kepada mantan Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu sebelum memuat naik ciapan berkenaan, tetapi memutuskan untuk tidak menunggu selepas mendapati bebenang dihasilkannya menerima reaksi ‘panas’ netizen.

“Saya sebenarnya menunggu reply seterusnya sebelum publish DM ni. Tapi seeloknya saya terus kongsi sebab makin meriah ulasan perihal ni. @wanfayhsal sudahpun DM saya sebentar tadi dan memohon maaf,” katanya.

Poster yang dikatakan diubah suai oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal - gambar X
Poster yang dikatakan diubah suai oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal - gambar X

Jelas wanita terbabit, beliau tidak pernah melarang karyanya diguna pakai oleh pihak ketiga jika bersesuaian asalkan masih mengekalkan rekaan asal.

“Sebagai penjelasan, saya okay jika ada sesiapa mahu menggunakan poster itu. Tak perlu minta izin atau kredit. Cuma isunya adalah perihal EDIT.

“Sepatutnya jangan ubah suai rupa asal poster tersebut. Penukaran warna font dan penambahan bendera Israel berapi tu bukan elemen asal artwork saya,” katanya.

Poster asal milik Sueannajoe - gambar X
Poster asal milik Sueannajoe - gambar X

Menjengah ke ruangan komen, seperti biasa netizen tidak ketinggalan memberikan ‘buah pandangan’ masing-masing atas perbuatan Wan Fayhsal itu yang disifatkan amat tidak beretika.

Angelo Taj di akaun @CherriesTaj misalnya berkata, isu sebenar adalah pengubahsuaian yang melanggar etika dan hak cipta.

“Gatal betul nak edit hasil karya orang, awak pun beri kebebasan untuk penggunaan hasil karya awal untuk penggunaan yang terkawal, bukan untuk dieksploitasi untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab. Stealer!” katanya.

Sementara itu menerusi pesanan balas, Wan Fayhsal berkata, beliau bukan individu yang bertanggungjawab mengubah suai poster berkenaan.

‘Salam Puan. Saya minta maaf kongsi poster artwork Puan. Saya bukan penganjur dan pembuat poster tersebut. Saya akan cuba tegur penganjur malam ni untuk bagi kredit kepada puan,” katanya. – Getaran, 25 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 DPP Antara 17 Ditahan ‘Kantoi’ Ambil Dadah 

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kempen Tak Masuk Akal, ‘Memang Kalau PN Ni Kelam Kabut Ka’ - Netizen

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: UMNO Kedah Tampil 30 Peratus Muka Baharu - Mahdzir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 55 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula