web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 DPP Antara 17 Ditahan ‘Kantoi’ Ambil Dadah 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 9:53PM

Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua Timbalan Pendakwa Raya (DPP) adalah antara 17 individu yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk Sheikh Ahmad, Seremban awal pagi tadi. 

Turut dicekup ialah seorang pegawai kanan polis dan 14 anggota. 

Butiran tangkapan kesemua individu berkenaan didedahkan Edisi Siasat, iaitu sebuah kumpulan di aplikasi Telegram hari ini. 

Menurut salinan laporan, mereka ditahan sepasukan pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2.30 pagi. 

Maklumat diterima menyebut, daripada kesemua yang ditahan, hanya seorang disahkan bebas daripada dadah, manakala 16 lain disahkan positif ketamin, amfetamin dan metafetamin. 

Difahamkan, kesemua mereka bertugas di jabatan berbeza, termasuk trafik dan narkotik. 

Dua DPP itu pula masing-masing berasal dari Shah Alam dan Negeri Sembilan. 

Laporan itu memberitahu, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof seperti dilaporkan Berita Harian mengesahkan tangkapan berkenaan. 

Katanya, serbuan tersebut turut mendapat kerjasama polis Negeri Sembilan. 

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan. - Getaran, 19 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan