web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gadis Penjaga Santuari Reptilia Mahu Betulkan Mitos Masyarakat Mengenai Ular

Kerjaya menguruskan santuari yang memiliki 100 ekor ular memerlukan wanita ini menjadi seorang yang sangat teliti namun dalam masa yang sama tidak terlampau yakin.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jul 2022 6:44PM

Pengurus Santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka Qurratu A'in Rohaminordin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Golongan wanita yang memelihara ular sebagai haiwan peliharaan eksotik mungkin perkara biasa, namun menguruskan santuari ular terbesar di Malaysia, ia sudah pasti memerlukan kepakaran yang luar biasa.

Bagi pengurus Santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka Qurratu A'in Rohaminordin, 27, kerjayanya dalam menguruskan santuari yang memiliki 100 ekor ular ini memerlukannya menjadi seorang yang sangat teliti namun dalam masa yang sama tidak terlampau yakin.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan, Universiti Malaysia Sarawak ini juga mengakui walaupun berpendidikan dalam bidang berkaitan haiwan, beliau langsung tidak pernah terfikir untuk mempunyai kerjaya yang terlibat secara langsung dengan ular.

Malah kongsinya, beliau turut berdepan cabaran dalam menyakinkan ahli keluarganya untuk meneruskan perkhidmatannya ke atas ular-ular daripada pelbagai spesies dan saiz yang datangnya dari seluruh dunia.

"Ahli keluarga anggap apa yang saya lakukan ini adalah sesuatu yang sangat ekstrem bagi seorang gadis. Namun dengan bimbingan majikan, rakan sekerja serta ilmu yang dipelajari, keluarga semakin menerima," katanya.

Memahami risiko yang perlu dihadapi seperti diserang ular yang 'mood' tidak baik dan perlu mengendalikan ular yang sakit, situasi itu bagaimanapun tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menjadi penjaga kepada lebih 30 spesies reptilia itu di santuari tersebut.

Qurratu A'in berkata antara misi utama sebagai pengurus santuari yang mempunyai bilangan ular terbesar di Melaka dan Malaysia itu adalah mahu membetulkan mitos masyarakat mengenai ular.

"Antara mitos utama adalah semua ular berbisa dan perlu dibunuh terutama apabila haiwan itu masuk ke dalam rumah. Sebenarnya jika kita ada ilmu dan dapat mengenal pasti jenis ular, sudah tentu haiwan tersebut boleh dialihkan dengan kaedah yang selamat.

"Saya juga mahu masyarakat terutama golongan wanita perlu mempunyai pengetahuan asas apabila terserempak dengan ular. Memang tidak ada satu kaedah atau ilmu yang spesifik tetapi paling utama adalah jangan panik," katanya.

Paling utama nasihatnya, jangan cuba memukul ular yang dijumpai kerana tindakan itu hanya akan menyebabkan ular menyerang kerana terasa terancam.

"Begitu juga jika dipatuk ular. Jangan ikat bahagian kena patuk itu sebaliknya terus ke hospital. Kalau boleh ambil gambar ular untuk tujuan mengenal pasti jenis ular bagi memudahkan rawatan dilakukan.

"Paling penting, ular tidak akan ganggu atau serang manusia jika ia tidak terancam. Malah kejadian ular masuk ke dalam rumah rata-ratanya berlaku apabila habitat asalnya seperti hutan telah dimusnahkan manusia," katanya.

Bagi Ketua Jabatan Ular, Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka Athirah Faiqah Md Wahi, 25, pengalaman menjaga hypochampange Burmese Phyton yang merupakan spesies ular paling luar biasa di Malaysia, menjadi antara pengalaman menarik sepanjang bertugas di santuari ular tersebut sejak Oktober 2021.

"Memang tak sangka diberi peluang menjaga ular tersebut sebab spesies ini tiada di Asia. Bukan saja luar biasa dari segi saiz, harganya juga sangat mahal, boleh mencecah US$5,000 seekor," katanya.

Bersempena dengan Hari Ular Sedunia yang disambut pada 16 Julai lepas, Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka menawarkan pelbagai program hingga hujung bulan ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang jenis-jenis ular yang jarang dijumpai di Malaysia atau yang hampir pupus disebabkan kemusnahan habitat mereka akibat pembalakan.

Athirah Faiqah berkata tarikan utama adalah ular sawa Burma Albino bernama Bella yang berjaya menetaskan 35 ekor anak ular berwarna kuning putih (albino) dan seekor berwarna hitam sejak 11 Julai lepas.

"Ini kejayaan paling besar bagi santuari ini sejak kehadiran Bella dan pasangannya, Snow daripada jenis ular sawa Burma Albino Granite yang masing-masing mempunyai berat mencecah hampir 100 kilogram. Pasangan ular ini telah menghasilkan 40 biji telur dan ini adalah kelahiran selepas proses penetasan sebelum ini gagal," katanya. 

Bukan saja kelahiran anak ular sawa albino tersebut, pengunjung juga berpeluang melihat tujuh spesies ular paling berbisa di dunia, antaranya ular kapak dan ular tedung selar atau King Cobra.

Selain itu, beberapa program interaktif juga akan diadakan antaranya ‘New Skin New Me’ iaitu berkaitan proses ular bersalin kulit, ‘Myth Buster’ iaitu mitos-mitos berkenaan ular dalam masyarakat dan sesi ‘Hissing Story’ yang menceritakan kesan dan akibat daripada tindakan pembalakan tidak terkawal kepada ular. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

2

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Eh, Awak Pun Nak Kena Servis Jugak Ke?

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Ini Macam Kalu, Boleh Kenyang Setahun!

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pelajar Cemerlang OKU Penglihatan Mahu Bergelar Pakar Psikologi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia