Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kawal Diri Sebar Aib Di Media Sosial, Lumba Cari Pahala Di Bulan Ramadan

Islam mengkehendaki supaya kita tidak mengheboh-hebohkan atau menyembunyikan segala kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam.

Refleksi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 9:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan kali ini jika diperhatikan banyak kisah-kisah ‘panas’ yang bertebaran di media sosial. Daripada kisah ditangkap khalwat, kecurangan pasangan, sehinggalah ke jualan hidangan berbuka puasa di bazar-bazar Ramadan.

Setiap kali ada perkongsian tentang hal-hal ini, ramailah netizen atau warganet yang secara berjemaah melontarkan pandangan masing-masing. Ada yang bersikap rasional, namun kebebasan bersuara membuatkan ramai yang lebih gemar mencurahkan api ke dalam minyak.

Menghamburkan kata-kata yang bukan-bukan, berbaur fitnah sehingga kecaman yang dilemparkan boleh menjejaskan pihak terbabit.

Menyebarkan aib orang lain bagaikan menjadi perkara biasa di platform media sosial media. Mungkin seronok apabila tulisan atau perkongsian mereka mendapat ‘likes’ atau ‘view’ yang mencecah ratusan ribu. Dosa dan pahala tolak ketepi, asalkan ramai yang baca, asalkan meraih populariti.

Tabiat suka mendedahkan aib seseorang ini sebenarnya perlu dihentikan, terutamanya di bulan mulia ini. Biarpun kisah itu sudah diketahui umum, tetapi tidak perlulah disebarkannya lagi dan lagi dengan menokok tambah maklumat yang tidak pasti.

Ingat, dalam agama Islam, kita dikehendaki supaya tidak mengheboh-hebohkan atau menyembunyikan segala kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam. Rasulullah s.a.w bersabda:

 “Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.

“Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan, nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menerusi satu perkongsian mengatakan amalan menyebarkan aib ini wajar dihentikan kerana Ramadan adalah bulan untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan mengelak daripada berbuat dosa.

"Sebagai umat Islam kita perlulah hormati bulan Ramadan ini. Kita sepatutnya menulis sesuatu yang elok daripada menulis sesuatu yang mendedahkan aib seseorang di media sosial.

"Perbuatan itu sudah pasti membuatkan individu lain terjejas angkara kita. Jika tiada sebarang aktiviti, lebih elok andainya kita berdiam diri daripada menulis satu ayat yang bertujuan mengaibkan serta menjatuhkan maruah individu lain. Ini seolah-olah trend zaman sekarang," ujarnya seperti dilaporkan Bernama.

Tambahnya lagi, perbuatan mendedahkan aib orang lain adalah haram di sisi Islam dan ia umpamakan mendedahkan aurat diri sendiri.

"Mendedahkan aurat atau aib seseorang seumpama kita mendedahkan aurat kita sendiri di khalayak ramai yang mana ia haram dalam Islam.

“Adalah lebih baik jika kita ambil peluang dalam bulan yang mulia ini untuk membuat sesuatu yang memberi manfaat seperti membaca al-Quran, berzikir dan bersedekah," katanya.

Jadi, cukup-cukuplah bercerita tentang aib orang lain. Hari ini, hari dia, esok, luas, tulat mungkin giliran kita pula ditimba musibah. Jaga aib orang lain, insya-Allah, aib kita juga terjaga rapi daripada pengetahuan umum. – Getaran, 22 Mac 2024

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Selera 2 jam yang lalu

The Exchange TRX Persembahkan TRX Eats, Acara Makan-Makan dan Hiburan Hujung Minggu 

oleh Rahayu MN

Gaya 10 jam yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

Bazar anjuran The Butterfly Project dengan kerjasama jenama dan rakan kongsi ini bertujuan untuk mempromosikan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental Mei ini

oleh Rahayu MN