web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 4:57PM

Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar menunjukkan gambar adiknya, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH – Walaupun sedih kehilangan adik kandung yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam, ia sama sekali tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahmad Azza Fitri, 24, yang bertugas di Balai Polis Pulau Gaya, Sabah, sebaliknya berkata dia kini semakin bersemangat untuk menabur bakti mempertahankan keselamatan negara serta melindungi masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman.

"Memang sedih lebih-lebih lagi hanya kami berdua lelaki dalam lapan adik-beradik dan sama-sama jadi polis. Sejak dari awal lagi saya berminat untuk jadi polis sebelum arwah adik ikut jejak langkah saya.

"Tiba-tiba berlaku kejadian tidak diduga ini. Sejurus mengetahui kejadian yang menimpa arwah saya terus ambil penerbangan dan tiba di kampung petang semalam," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Poh Tambahan di sini hari ini.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata dia dan arwah adiknya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, sangat rapat kerana sejak kecil sering bermain bersama malah mempunyai rakan yang sama di kampung.

Menurut Ahmad Azza Fitri arwah adiknya itu sangat teruja dengan tugasnya sebagai polis dan setiap hari akan memaklumkan rutin kerjanya dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

"Nampaknya, selepas ini saya tiada lagi kawan bergaduh dan teman untuk diajak ke mana-mana. Kali terakhir kami berhubung tiga hari lepas menerusi panggilan video, ketika itu kami sembang dan bergurau sahaja.

"Kami sempat berjumpa semasa Ramadan lepas dan merancang untuk sama-sama pulang ke kampung pada bulan depan namun tidak kesampaian. Ini sebenarnya yang saya takut apabila berkerja jauh daripada keluarga," katanya.

Menurutnya arwah sering berhubung dengan keluarga menerusi WhatsApp dan mesej terakhir yang dihantar adalah ucapan Hari Guru buat bapa mereka yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah, Sungkai.

Ahmad Azza Fahmi dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga mengesahkan seorang suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden terbabit dipercayai ahli Jemaah Islamiyah. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

2

Semasa 4 bulan yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Ucapan Perkauman, Agama Punca Serangan ‘Lone Wolf’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia