Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suami Tak Halang Berlakon, Puteri Aishah Selamat Nikahi Jejaka Idaman

Bukan penamat karier, Puteri Aishah akui suami tidak menghalang cita-citanya sebagai pelakon.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 6:30PM

Gambar: CST Production

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Puteri Aishah (27) selamat disunting oleh ahli perniagaan, Muhammad Firdaus (28) di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, pagi tadi.

Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan oleh Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan oleh bapa, Sulaiman Abd Rahman.

Puteri atau nama sebenarnya, Puteri Aishah Sulaiman menerima mas kahwin bernilai RM300 berserta lima dulang daripada pihak lelaki, berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua keluarga.

Menurut Puteri, Muhammad Firdaus menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga.

“Malah, Firdaus sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah beri lampu hijau di mana saya boleh teruskan kerjaya seni ini selama mungkin,” ungkapnya.

Dalam majlis ringkas yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Puteri kelihatan ayu dan suci dalam sepersalinan baju nikah putih oleh RizmanRuzaini. - Getaran, 21 November 2021

Semua gambar: Ihsan CST Production

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

Selepas dikecam hebat dan namanya termasuk dalam senarai Blackout2024, Daiyan pilih batalkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa pro Israel.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 20 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

Hanya dalam masa sehari, peminat telah bolot semua tiket demi mengubat kerinduan menyaksikan ratu rock ini beraksi.

oleh Rahayu MN