web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelakon Kulit Hitam Perintis, Sidney Poitier Meninggal Dunia

Pelakon legenda ini menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun di Bahamas.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jan 2022 3:21PM

Sidney Poitier pada tahun 2014. Gambar: Valerie Macon / AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sidney Poitier, bintang utama kulit hitam pertama Hollywood meninggal dunia pada usia 94 tahun di Bahamas, sekali gus meninggalkan satu lagi episod duka pada industri perfileman Amerika Syarikat selepas kematian Betty White (99) pada 31 Disember 2021 lalu.

Poitier pernah memahat sejarah setelah diiktiraf sebagai pelakon kulit hitam pertama yang berjaya merangkul trofi Anugerah Oscar. Kemenangannya itu mengubah landskap perfileman Hollywood sekitar tahun 1950-an dan 1960-an.

Beliau membintangi filem Lilies of Field dan berjaya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Oscar tersebut pada tahun 1964. 

Sebelum itu, beliau juga pelakon kulit hitam pertama yang tercalon untuk Anugerah Oscar pada tahun 1958 untuk filem The Defiant One

Poitier turut terkenal kerana membintangi filem To Sir, with Love (1967) dengan memegang watak Mark Thackeray. 

Semasa kemuncak ketegangan kaum di Amerika Syarikat, Poitier berani melakonkan watak yang melawan stereotaip dalam filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967).

Pada tahun 2002, Poitier dianugerahkan trofi “Persembahan Luar Biasa” oleh Oscar kerana sumbangan besarnya yang mencakupi ‘maruah, stail dan kepintaran’ pelakon legenda ini terhadap layar perak Hollywood.

Di layar televisyen, Poitier pernah melakonkan watak presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan dan tokoh kulit hitam, Nelson Mandela serta hakim kulit hitam pertama di Mahkamah Agung US, Thurgood Marshall. 

Pada tahun 1997, beliau dilantik mewakili Bahamas sebagai Duta Istiadat Bahamas ke Jepun. Poitier juga pernah dianugerahkan pingat US Presidential Medal of Freedom, penganugerahan tertinggi di peringkat rakyat jelata oleh Presiden Obama pada tahun 2009. - Getaran, 8 Januari 2022

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara