web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gavin Berehat Panjang, Insomniacks Kurang Satu Ahli

Gavin akan berehat panjang atas sebab peribadi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 11:52AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemain dram kumpulan Insomniacks, Gavin Wong mengumumkan bakal berehat panjang atas sebab peribadi dalam satu tempoh yang tidak dapat dipastikan.

Namun begitu, kumpulan yang terkenal dengan lagu 'Sempurna' ini akan terus bergiat aktif bersama-sama tiga orang ahli yang lain iaitu Wan Arif Iskandar Adnan (Iskandar) selaku pemain bass; Syed Mir Iqbal Syed Adeli (Iqie)  vokalis  dan  gitar  utama, Ahmad  Danial  Ahmad  Roslan (Danial) sebagai pemain gitar ritma.

“Dengan berat hati, kami ingin mengumumkan bahawa Gavin akan berehat panjang daripada kumpulan ini untuk tempoh masa yang tidak ditentukan atas sebab peribadi. 

“Ini bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat tetapi jangan risau, Gavin masih dan akan sentiasa  menjadi  keluarga  kepada  kami. Dengan  itu, Gav tidak  akan  menjadi  sebahagian daripada beberapa projek kami yang akan datang,” kata Iskandar mewakili Insomniacks.

Menurut  Iskandar,  dia  berharap  peminat  juga  dapat  menerima  keputusan  dibuat  dan  akan terus  menyokong  semua  projek  Insomniacks  pada  masa  akan  datang  termasuk  apa  saja dilakukan Gavin selepas ini.

“Kami berharap semua orang dapat memahami keputusan ini dan menghormati privasinya. Kami  menyayangi  Gavin dan  kami  berharap  semua  orang  dapat  menunjukkan  kasih  sayang kepadanya     dalam     komen     dan     menyokongnya     dalam     usaha     masa     depannya. #insomniacks4lyfe,” katanya.

Istimewanya, keserasian mereka wujud dalam muzik memandangkan kesemua ahli kumpulan ini adalah kawan baik.

“Kami selesa mencipta dan tulis lagu sendiri. Kami seronok dapat berkarya bersama. Apabila bersama  Universal  Music  pula, mereka  pun  okay  kalau  lagu  daripada  kami.  Sebab  mereka tahu kami suka tulis lagu. 

“Dalam masa sama, kami faham keperluan mereka untuk lagu-lagu yang lebih komersial. Jadi, tidak ada masalah mencuba, mana yang terbaik kami terima. Bagi semua karya yang pernah dihasilkan lirik adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan. Cuma, ada sedikit elemen fantasi supaya ia lebih menarik untuk disampaikan,” kata Iskandar lagi. 

Terdahulu, Insomniacks sudah  melakar pelbagai pencapaian yang membanggakan. Antaranya, album  EP  berjudul  'Kepala  Batu'  yang  dilancarkan  pada tahun  2020 mendapat sambutan  baik  peminat  termasuklah  dua  lagu  dalam  album  berkenaan  iaitu  'Pulang'  dan 'Reminisensi'. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 hari yang lalu

Insomniacks Duet Dengan Bintang Indonesian Idol Musim Ke-12 

2

Muzik 3 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Muzik 9 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Tiket Untuk Menyaksikan Indonesian Music Festival Dijual Serendah RM188

oleh Wartawan Hiburan Getaran