web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pernah Berlakon Bersama, Pelakon Wanita Burukkan Anna Jobling Di Media Sosial? 

Anna akui terkejut dengan perkara ini kerana mereka berdua pernah berlakon dalam drama yang sama.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 2:15PM

Anna Jobling - Gambar oleh Helmi Anuar (Menggunakan Iphone 13 Pro)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh di media sosial apabila seorang pelakon wanita didakwa telah memburukkan pelakon jelita yang semakin meningkat naik Anna Jobling.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Anna sendiri apabila peminatnya sendiri  memaklumkan perkara itu kepadanya. 

Namun, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, percaya tiada gunanya untuk menyimpan perasaan dengki terhadap  orang lain.

“Rezeki itu tak pernah salah alamat. Jika saya tak ganggu anda, kenapa anda perlu ganggu saya?

“Sejujurnya saya sangat terkejut kerana kami pernah berlakon bersama. Tapi nak buat macam mana kan,” katanya ketika ditemui di sidang media hari pertama pementasan teater Maduku Terpaling Kalut. 

Lumrah apabila menjadi aktres popular yang kian disebut-sebut pada ketika ini, pasti akan ada pihak atau orang tertentu yang tidak berpuas hati dengannya

Ditanya adakah dia sudah bersedia berhadapan dengan ramai lagi orang yang akan membencinya terutamanya musuh di dalam selimut, kata Anna, dia tidak akan memberi perhatian kepada golongan ini  dan akan  terus kekal positif. 

“Saya tidak akan turun sehingga ke tahap anda. Saya akan terus bekerja keras, terus berfikiran positif dan akan jaga tepi kain sendiri. Jika anda dengki dengan orang, rezeki anda akan jadi lebih pendek,” ujarnya. 

Ditanya bagaimana jika dia bertemu dengan aktres berkenaan selepas ini, kata pelakon drama 'Melur Untuk Firdaus' ini, dia hanya akan berlagak seperti biasa.

“Saya hanya akan jadi diri sendiri sahaja. Jika anda tidak suka saya, itu masalah anda bukan masalah saya. I’m doing good. Saya ada peminat yang sangat hebat. Itu sahaja yang perlu saya fikirkan dan risaukan buat masa ini,” katanya.

Melihatkan dia tidak membalas apa-apa terhadap aktres berkenaan biarpun namanya sudah diburukkan, kata Anna dia tidak perlu berbuat demikian.

“Jika anda burukkan seseorang yang tak buat apa-apa pun kepada anda, itu menunjukkan bahawa anda yang ada masalah sikap, bukan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anna kini sedang sibuk dengan pementasan teater 'Maduku Terpaling Kalut' yang sedang berlangsung bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini bertempat di PJ PAC 1 Utama.

 Anna membawakan watak Mimi iaitu isteri kedua kepada Selamat lakonan Azrel Ismail dan madu kepada Bibi lakonan Puteri Sarah. - Getaran, 30 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara