web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jiwa Kami Jiwa NGO, Kami Kenal Pasti Masalah Dan Selesaikan, Bukan Buat Show! – Idham

Ahmad Idham sempat meluangkan masa untuk beri sokongan kepada sahabat baiknya, Eizlan Yusof i kawasan parlimen Sabak Bernam.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 12:00PM

Eizlan Yusof dan Ahmad Idham - Syamsah Photography

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jarak perjalanan 4 jam dari Port Dickson ke Sabak Bernam tidak menghalang calon Parlimen Port Dickson, Dr. Ahmad Idham Nadzri meluangkan masa bersama sahabat baiknya, Datuk Seri Eizlan Yusof yang bertanding di P.092 Parlimen Sabak Bernam.

Apatah lagi melihat usaha Eizlan Yusof mengenalpasti beberapa isu berbangkit di kawasan itu sejak beberapa hari lalu, produser dan pengarah filem Mat Motor itu terpanggil untuk memberi sokongan.

“Saya mengikuti perkembangan beliau di sini, melihat dari sudut tempat-tempat yang beliau pergi, isu-isu beliau dengari dan santuni, sehingga ada yang tular di media sosial.

“Kami ini NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan bergerak di dalam Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang di bawah komponen NGO, Gagasan Bangsa. 

“Jiwa kami, jiwa NGO. Kami kenal pasti masalah, selesaikan masalah, bukan buat ‘show’!” kata Ahmad Idham.

Ramai maklum, Ahmad Idham mempunyai produk berupa Hab Pendidikan Khas yang juga satu pergerakan NGO di bawahnya.

Salah satu perkara yang beliau maklumkan kepada Eizlan, sekiranya Parlimen Sabak Bernam dimenangi Eizlan, beliau tidak teragak-agak untuk membuka Hab Pendidikan Khas di situ. 

“Itu janji saya pada beliau sebab kami membesar bersama-sama dan beliau faham anak-anak istimewa.

“Oleh itu, jika masyarakat di sini mahu sebuah Hab Pendidikan Khas untuk anak-anak istimewa, saya rasa mereka tahu siapa yang patut mereka undi,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut terpanggil ke sini selepas perkongsian Eizlan yang tular di media sosial mengenai isu capaian internet yang menjadi salah satu isu besar di Sabak Bernam.

“Saya terkejut juga pada 2022, capaian internet masih bermasalah di Sabak Bernam.

“Seperti sedia maklum, saya pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jadi salah satu agensi yang pernah bersama saya adalah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), jadi saya tahu kerja mereka,” katanya hairan.

Pada pertemuan hampir 3 jam itu, Ahmad Idham dan Eizlan Yusof sempat bertukar pandangan mengenai perancangan, misi dan visi masing-masing untuk parlimen bakal diwakili mereka sekiranya di beri mandat pada PRU15 pada 19 November ini. – Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kantoi’ Curang Dan Pukul Isteri, Lelaki Berdepan Siasatan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kupang Di Port Dickson Masih Tidak Selamat Dimakan - JPNS

3

Singapura 6 bulan yang lalu

Singapura Sekat Bekalan, Penjualan Kupang Dari Port Dickson

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kupang Di Port Dickson Disahkan Beracun, Dicemari Biotoksin - DOF

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Jaclyn Victor Terus Bersinar Di Konsert Solo Pertamanya

oleh Shah Shamshiri