web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Apa Bezanya Latar Belakang Calon Bertanding Di PRU-15? Paling Penting, Boleh Buat Kerja – Eizlan Yusof

Eizlan turut melawat beberapa mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di Dewan Bagan Nakhoda Omar, susulan kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan di Sungai Air Tawar.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 6:11PM

Eizlan Yusof (kanan) bakal bertanding sebagai calon GTA - Parti Pejuang Tanah Air di Parlimen Sabak Bernam esok, manakala Ahmad Idham di Port Dickson. - Gambar oleh Syahsam Photography

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Apa bezanya kalau dia seorang doktor, peguam, guru, petani atau artis, bergelar YB (Yang Berhormat)? Paling penting, boleh bekerja untuk rakyat”. 

Demikian kata pengarah dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, tentang calon-calon yang bertanding di setiap parlimen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Eizlan yang juga Calon No.1 menggunakan logo Pejuang dan bertanding di Parlimen Sabak Bernam (P.092) pada PRU-15 ini juga berpendapat, kriteria paling penting bakal wakil rakyat adalah membawa isu dan permasalahan rakyat ke peringkat parlimen untuk dibahas dan diselesaikan.

Situasi itu berbeza dengan segelintir ahli politik yang apabila diberi mandat sebagai wakil rakyat, lupa tanggung jawab kepada rakyat di tempat masing-masing kerana leka dengan kedudukan di peringkat parti politik dan kerajaan.

Gambar oleh Syahsam Photography
Gambar oleh Syahsam Photography

“Saya tahu, sehingga sekarang ada pihak mempertikaikan rakan-rakan artis yang bertanding dalam PRU-15 (Pilihanraya ke-16), kononnya artis tak layak jadi ahli parlimen.

“Ada ketika kita kena buat sesuatu yang lebih besar untuk kebaikan semua orang. Saya jadi pelakon sebab itu minat saya tapi saya juga orang bekerja. Apabila diberi tanggung jawab, saya jalankan tugas seperti diamanahkan.

“Contoh ketika berkhidmat di FINAS, saya dan Ahmad Idham mengambil masa kurang setahun untuk membaiki segala ‘kerosakan’ yang bertahun-tahun tak dapat diselesaikan sebelum ini, sehingga memperolehi Sijil Bersih, tahap tertinggi daripada Jabatan Audit Negara,” kata bekas Pengerusi Skim Wajib Tayang FINAS itu lagi.

Sebelum ini, FINAS menerima Sijil Bertentangan, bermaksud penyataan kewangan tidak menunjukkan kedudukan benar dan saksama atau tidak mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum.

Gambar oleh Syahsam Photography
Gambar oleh Syahsam Photography

Dalam pada itu, Eizlan yang juga Penolong Pesuruhjaya (PPj.) Bersekutu (PA) - Angkatan Pertahanan Awam (APM), berkesempatan membuat kunjungan hormat ke Pejabat Daerah APM, Sabak Bernam.

Malah beliau turut melawat beberapa mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di Dewan Bagan Nakhoda Omar, susulan kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan di Sungai Air Tawar, di sini. - Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

4

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Jaclyn Victor Terus Bersinar Di Konsert Solo Pertamanya

oleh Shah Shamshiri