web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 9:31AM

Pengasas bersama label hip-hop Def Jam, Russel Simmons berkata, artis dan selebriti sebenarnya adalah golongan yang amat lemah. – Gambar oleh Najjua Zulkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak Israel kembali membedil Palestin 7 Oktober tahun lalu, serangan rejim Zionis itu terus bertali arus tanpa menunjukkan tanda ia akan berhenti.

Ke mana sahaja langkah kaki penduduk Palestin bertapak, pasti ada tumpahan darah yang menyusul.

Semenanjung Gaza bagaikan padang jarak padang tekukur, dan Rafah juga hampir berubah wajah menjadi debu.

Kekejaman Israel yang tidak ada batasnya mendorong seluruh dunia bangkit bersuara.

Di mana sahaja, bantahan demi bantahan disuarakan, berselang-seli dengan perarakan dan protes di sana sini, termasuk di Barat.

Menyusul segala bantahan itu ialah kempen Blockout 2024, khusus bagi memboikot golongan artis dan selebriti yang masih berdiam diri dalam isu Palestin atau memilih untuk meneruskan kerjasama dengan jenama pro Zionis.

– Gambar X
– Gambar X

Mengulas isu tersebut, pengasas bersama label hip-hop Def Jam, Russel Simmons berkata, artis dan selebriti sebenarnya adalah golongan yang amat lemah.

Menurut beliau, kedua-dua kelompok itu amat memerlukan sokongan peminat, namun pada masa sama perlu akur dengan kuasa yang menjadi penentu karier mereka.

“Jika mereka tersilap langkah atau tersalah kata, masalah akan menimpa dan ia meletakkan golongan berkenaan dalam situasi yang cukup rumit sebenarnya.

“Masyarakat hari ini sudah terbiasa dan mengamalkan ‘cancel culture’ yang cukup besar. Bukan tanggungjawab artis atau selebriti ini sebenarnya untuk bercakap mengenai konflik dunia tapi ya, memang mereka boleh bersuara sebagai tanda sokongan,” katanya.

Simmons menyatakan demikian menerusi wawancara eksklusif bersama Getaran di ibu negara, baru-baru ini.

Mengakui bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan kegilaan Israel, beliau bagaimanapun menolak untuk memboikot atau menyenarai hitam artis dan selebriti yang tidak bersuara.

“Artis di Amerika Syarikat (AS) sememangnya takut (untuk bersuara). Anda kena faham struktur kuasa yang sebenar di belakang mereka dan anda juga tak boleh menyekat semua.

“Saya tak suka ‘cancel culture’. Kita bercakap mengenai kebebasan bersuara, memilih untuk diam juga adalah sebahagian daripada kebebasan (bersuara) ini,” katanya.

Russel Simmons berkata artis dan selebriti amat memerlukan sokongan peminat. – Gambar oleh Najjua Zulkefli
Russel Simmons berkata artis dan selebriti amat memerlukan sokongan peminat. – Gambar oleh Najjua Zulkefli

Jelas usahawan terkenal itu lagi, peminat boleh memilih untuk tidak lagi menyokong filem atau lagu mana-mana artis, jika mendapati mereka tidak sealiran dalam isu melibatkan konflik Israel-Palestin.

“Jika anda merasakan mereka tidak mengambil tindakan sepatutnya, jangan beli album atau tonton filem mereka tapi janganlah mempengaruhi orang lain untuk turut serta kerana masing-masing ada pilihan dan cara sendiri,” katanya.

Akui Simmons, beliau menghabiskan seluruh usia memerangi Islamofobia dan anti-Semitism, tetapi pada masa sama tidak pernah berhenti mengkritik atau mengecam jenayah perang dilakukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Memang ada yang takut untuk menyokong pendirian saya ini tapi seseorang perlu tampil melakukan sesuatu.

“Kalau semuanya memilih untuk berdiam diri, akhirnya akan timbul masalah. Jika awak mahu tidur nyenyak di waktu malam, perlu bangun dan lakukan sesuatu yang bermakna,” katanya. - Getaran, 21 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

4

Refleksi 4 bulan yang lalu

Tak Perlu Saling Berbalah, Hukum Boikot Adalah Harus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara