web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Perlu Saling Berbalah, Hukum Boikot Adalah Harus

Boikot yang dilaksanakan mestilah berasaskan prinsip tabayyun iaitu menyemak dan menyelidik dengan berhati-hati

Refleksi Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 8:25AM

Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kempen memboikot pihak-pihak yang pro Israel kini sudah tiba ke kemuncaknya apabila jutaan rakyat Palestin kini tiada lagi tempat berlindung setelah tempat perlindungan terakhir mereka di Rafah turut dibedil oleh Zionis.

Ungkapan ‘all eyes on Rafah’ mendapat momentum yang luar biasa sejak kebelakangan ini. Kepada yang masih belum jelas, ungkapan ini adalah seruan meminta orang ramai memberi perhatian kepada serangan ke atas bandar itu. 

Serangan tentera Israel terhadap Palestin telah membunuh sekurang-kurangnya 35,000 orang rakyat Palestin yang mana daripada jumlah ini hampir 15,000 orang adalah kanak-kanak.

Dengan waktu yang semakin genting, masyarakat dunia ketika ini tidak henti-henti menggiatkan usaha bagi mengesa kuasa dunia melaksanakan gencatan senjata dengan segera. 

Seiringan dengan itu, kempen-kempen memboikot pihak-pihak yang pro Israel semakin memuncak. Terbaharu, Blockout 2024 yang dimulakan selepas acara MET Gala 2024 mendapat sambutan luar biasa. 

Kempen yang menyenarai hitamkan selebriti yang menyokong atau menjalinkan kerjasama dengan pihak yang terkait dengan Israel itu kini merebak ke Malaysia, dan ia mengundang pelbagai reaksi. 

Warganet, golongan selebriti dan pempengaruh media saling berbalas komen sehingga menimbulkan perbalahan. Masing-masing punya pendirian tersendiri, dan kita sebagai pengguna media sosial seharusnya tidak bertindak mengikut emosi. Tak perlu bergaduh, tak perlu menuduh itu dan ini. 

Menurut Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hukum memboikot adalah diharuskan dalam Islam.

Jelasnya, mengikut kaedah fiqh, semua perkara adalah harus selagi tiada dalil yang menunjukkan ia haram. 

“Boikot merupakan salah satu bentuk solidariti kita terhadap isu Palestin dan penentangan kita terhadap jenayah kemanusiaan yang melampaui batas. Gesaan boikot ini dilakukan oleh ramai ulama kontemporari antaranya, Dr Yusuf al-Qaradhawi.

“Jihad mempertahankan bumi Palestin kewajipan yang paling utama buat semua umat Islam di seluruh dunia kerana ia merupakan tanah kiblat pertama umat Islam dan bumi para anbiya yang diberkati.

“Walaubagaimanapun, boikot yang dilaksanakan mestilah berasaskan prinsip tabayyun iaitu menyemak dan menyelidik dengan berhati-hati. Ia juga mesti mengambil kira nilai akhlak dan berlaku adil setelah meneliti strategi agar tertegaknya kebaikan dan mengurangkan keburukan dalam setiap tindakan boikot.

“Setiap tindakan boikot yang melibatkan ekonomi perlu bersama strategi bagi mengurangkan risiko yang mungkin berlaku. Misalnya, tindakan boikot terhadap produk yang terbukti dengan jelas membantu Zionis disusuli dengan membentangkan pelbagai alternatif bagi memperkasakan ekonomi negara dan memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang seperti sokongan terhadap produk tempatan,” jelas Ustazah Fatimah.

Jangan Buat Kerja Tuhan, Tapi Selebriti Yang Sekongkol Harus Diboikot

Mengulas tentang kempen Blockout2024 secara spesifik, beliau yang juga seorang pempengaruh di media sosial mengatakan bahawa secara peribadi amat memahami dilema yang dihadapi oleh mereka yang terkesan.

“Pandangan saya adalah sebagai seorang pempengaruh yang telah kehilangan semua akaun media sosial saya kerana aktif berkongsi isu Palestin sejak 7 Oktober lalu.  Saya faham kerisauan yang dialami oleh sebahagian selebriti ini.

“Instagram dan Tik Tok telah menamatkan akaun saya secara kekal. Hanya Facebook yang mengembalikan akaun saya setelah disekat sekian lama. Sebelum akaun media sosial saya disekat, akaun tersebut telah dilawat oleh jutaan pengguna baru dari serata dunia yang turut bersama menyokong pembebasan Palestin.

“Saya faham, media sosial selalunya menjadi mata pencarian para pempengaruh dan selebriti dan usaha menghimpunkan ratusan ribu pengikut bukanlah usaha sehari dua. Para selebriti ini mungkin sangat bersama dalam isu Palestin cuma terpaksa berhati-hati di media sosial kerana risiko disekat secara kekal boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

“Mungkin ada acara lain yang boleh diguna pakai oleh golongan selebriti ini, misalnya membuat akaun media sosial khas tentang Palestin dan jutaan pengikut diberikan link akses melalui akaun rasmi mereka. Andai akaun khas tentang Palestin itu disekat, mereka masih lagi menyimpan akaun rasmi dan utama,” ulasnya panjang lebar. 

Tegas Ustazah Fatimah, memberikan strategi dan alternatif lain kepada golongan selebriti dan pempengaruh adalah lebih berhikmah, berbanding menyekat dan memboikot mereka secara total. Ini kerana, ia merugikan potensi dan pengaruh mereka yang mungkin boleh dimanfaatkan bagi membela kemanusiaan. 

“Kenapa kita tidak mahu akaun rasmi para pempengaruh disekat? Siapa tahu, kekuatan ekonomi yang mereka miliki daripada jutaan pengikut itu akhirnya yang banyak membantu pembangunan sekolah, masjid, hospital dan pelbagai insfrastruktur di Palestin pada masa depan.

“Hal ini telah banyak mereka buktikan selama ini. Siapa kita untuk bersangka buruk terhadap niat mereka? Allahlah lebih berhak menghakimi dunia dalaman mereka. Usah kita ambil kerja Tuhan,” tegas beliau. 

Tetapi bagaimana pula dengan kes selebriti atau pempengaruh yang tanpa segan-silu menjalinkan kerjasama dengan jenama-jenama yang diketahui bersekongkol dengan Israel? 

“Dalam kes selebriti yang terang-terangan menyokong produk yang membantu Zionis dengan bukti yang nyata, bagi saya, wajar untuk diboikot walaupun mereka menderma kepada Palestin dalam masa yang sama.

“Mudaratnya lebih besar berbanding manfaat. Dalam masa yang sama, berikan mereka alternatif untuk beralih menukar bentuk sokongan terhadap produk-produk tempatan atau produk antarabangsa yang berkualiti dan tidak mempunyai sebarang bukti membantu Zionis.

“Apabila mereka menunjukkan sikap tidak lagi menyokong produk yang membantu Zionis, maka boikot juga perlu dihentikan terhadap mereka,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pembunuhan Ismail Haniyeh Undang Ketegangan, Perang Di Gaza Lebih Membarah

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN