web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Niat Anne Abdullah Untuk Sambut Hari Jadi Yang Ke-50 Di Mekah Atau Madinah Tertunai 

Menurut Anne lagi, dia juga bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT sekali lagi di Tanah Haram terutama selepas dunia dilanda pandemik COVID-19 selama dua tahun. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 4:09PM

Anne Abdullah - Gambar dari Instagram Anne Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Anne Abdullah memanjat kesyukuran yang teramat apabila niatnya untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 di Madinah pada hari ini telah ditunaikan Allah SWT.  

Dia yang kini sudah berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah selama 12 hari bersama rakan-rakan artis termasuk Liza Abdullah memberitahu, setiap hari dia tidak pernah ketinggalan untuk berdoa agarnya niatnya itu dapat ditunaikan. 

“Sepatutnya saya tiba di Mekah pada hari semalam (7 Disember). Tapi atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, saya dan rombongan umrah hanya dapat berlepas awal pagi ini dan tiba terlebih dahulu di Madinah. 

“Tidak kisahlah sama ada di Mekah atau Madinah yang penting saya dapat sambut hari ulang tahun kelahirannya saya ini di sini,” katanya sewaktu dihubungi Getaran lewat malam tadi sebelum bertolak dengan pesawatnya ke Madinah jam 7 pagi tadi. 

Menurut Anne lagi, dia juga bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT sekali lagi di Tanah Haram. 

“Kali terakhir saya ke sini adalah pada 2018. Sejak itu, memang saya sangat rindu untuk kembali ke sini dan saya ingin datang dan menziarah Kaabah selepas dua tahun dunia dilanda pandemik COVID-19.

“Saya tidak sangka akan diberi peluang sekali lagi oleh Allah SWT selepas dikecam, dimaki hamun dan dihina berhubungan isu rumah wakaf untuk artis-artis dulu. 

“Waktu itu saya diam dan tidak jawab apa-apa. Biarlah orang nak kata apa-apa. Sedangkan Allah SWT lebih tahu niat kita. 

“Niat kita hanya nak membantu sesama rakan artis. Nak buat kebajikan. Bukan kita nak menipu orang. Yang menipu orang adalah syarikat pemaju tersebut. 

“Tapi, betullah kata orang, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Dalam setiap kepahitan ada nada manisnya dan inilah kemanisannya apabila saya datang menjadi tetamu Allah SWT buat kesekian kalinya,” katanya lagi. 

Gambar dari Instagram Anne Abdullah
Gambar dari Instagram Anne Abdullah

Jelas Anne lagi, banyak perkara yang ingin dibicarakan dengan Tuhan Yang Menciptakan Alam ini. 

“Macam-macam yang saya nak doa. Bukan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja tetapi juga untuk sahabat-sahabat lain. 

“Saya juga mahu berdoa agar dipermudahkan jodoh sebab sudah lama sangat bersendiri. Tapi, adakalanya kita juga kena bersangka baik kenapa Tuhan tidak memberikan kita jodoh. 

“Adakalanya Tuhan lebih tahu bahawa kita punya kekuatan untuk mengharungi hidup ini secara sendiri,” katanya lagi. 

Tersenarai dalam calon Top 5 untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Jerangkung Dalam Almari di Festival Filem Malaysia Ke-32 baru-baru ini, Anne mengakui, dia sama sekali tidak menyangka akan hal itu. 

“Lama saya tak berlakon filem. Bertahun-tahun juga. Lepas itu bila berlakon tersenarai pula dalam calon Top 5. Terkejut juga. 

“Tapi, saya memang tidak harapkan apa-apa kemenangan kerana calon-calon lain yang bertanding juga sama hebat. Bagi saya tercalon sebagai Top 5 adalah suatu kejayaan buat saya,” katanya. 

Dia juga mengharapkan agar semua mendoakan ibadah Umrah yang dilakukannya ini dapat disempurnakan dengan sebaiknya. Semoga segalanya dipermudahkan buat Anne dan semoga mendapat Umrah yang mabrur. Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-50 juga buat Anne! - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara