web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menelaah Cinta Dalam Lagu Terbaru MonoloQue!

'Lagu Cinta' memberitahu pendengar yang hidup perlukan keseimbangan. Dalam kesulitan, pasti ada kesenangan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 6:00PM

Lagu Cinta akan ke udara menerusi dalam talian, bermula hari ini. - Gambar ihsan MonoloQue

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah bermacam-macam lagu cinta wujud di atas dunia, namun ia tetap istimewa dan menjadi yang masih digilai. MonoloQue seorang penyanyi yang rajin bereksperimentasi dengan alat muzik dan bunyi hadir dengan buah tangan terbaru menerusi ‘Lagu Cinta’. 

MonoloQue menceritakan bagaimana manusia memerlukan cinta dalam kehidupan. Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri. Situasi ini diceritakan bukan sahaja menerusi lirik, tetapi turut digambarkan menerusi gubahan lagu. 

LoQue
LoQue

“Jika diperhalusi, chorus dan verse 'Lagu Cinta' dimainkan dalam irama minor bagi menggambarkan kegelapan, kesedihan, kesusahan. Tetapi waktu bahagian bridge, lagu bertukar kepada major, sesuatu yang bertentangan. 

“Secara tidak langsung 'Lagu Cinta' memberitahu pendengar yang hidup perlukan keseimbangan. Dalam kesulitan, pasti ada kesenangan,” kata Loque dalam siaran media.

Tidak seperti lagu-lagu monoloQue dari album keduanya, Jangan Puja Sampai Kecewa dilihat agak berat dan secara jujurnya, sukar diterima oleh masyarakat sejagat.

'Lagu Cinta' lebih mesra rakyat dan LoQue dilihat seperti ingin kembali kepada asas penciptaan lagu iaitu meraikan “irama” atau “melodi”

Gubahan dan lirik 'Lagu Cinta' merupakan hasil ciptaan LoQue yang dirakamkan di Makmal Kampung Batu dan di Kilang Menjahit Bunyi ( studio-studio milik LoQue ). 

Selain itu ia dikawal selia oleh jurutera rakaman Ammar “Lautan”, Parameswara, Lut, dan LoQue sendiri. Turut terlibat adalah juruteknik Eri Ambia, Pengiran PG,  Mujahid, dan juga Lut. Disempurnakan menerusi berpuluh-puluh adunan oleh LoQue sendiri dan kemudian disempurnakan (mastering) oleh Felix Voon.

'Lagu Cinta' akan ke udara, ke dalam talian, di segenap landasan digital pada hari ini (16 Disember). - Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Lagu ‘Dia Datang’ Abad ke-21, Loque Tampil Membawa Nafas Baharu Dengan Menyuntik Elemen Gamelan Melayu

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Single Fahimi Rahmat dan Athalia, Rief Daniel, Da Know, Yovie & His Friends - Lagu Cinta Penuh Variasi

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Kaleidoskop Sebuah Poligami Dan Cinta Tidak Kesampaian – Kisah Kahwin Syamsul Yusof Dan Lagu Poligami 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara