web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Bukan Bidang Saya’: Terima Banyak Lamaran, Fazley Akui Tidak Minat Masuk Politik

Fazley berkata selain ditawarkan tempat untuk aktif berpolitik, dia juga dihampiri untuk membantu mempromosi sesebuah parti menjelang PRU.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 4:08PM

Lokasi restoran Fazley akan berpindah ke lokasi yang lebih besar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, pastinya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, di mana beliau sentiasa tampil bekerjasama dengan beberapa  jenama restoran terkemuka di Malaysia.

Walaupun terlebih dahulu memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi dan pelakon, namun program Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama benar-benar telah mengubah paksi hidupnya selepas bergelar juara.

Fazley kini menjadi figura yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia dan timbul persoalan adalah dia bakal terlibat dengan bidang politik selepas ini, apatah lagi bapanya pernah terlibat dalam bidang itu sebelum ini.

Namun, Fazley, 44, mengakui sama-sekali tidak berminat untuk menceburi dalam bidang politik.

Menurut Fazley, bahawa politik bukanlah bidang yang sesuai untuk dirinya walaupun dia sebetulnya memahami selok-belok mengenai bidang tersebut.

“Sekarang jawapan saya adalah tidak, tak kira sama ada untuk saya menyertai parti atau pun sekadar menyokong serta membantu dari segi promosi.

“Jawapan saya tak berubah dari dulu hingga kini, kecuali jika negara ini memerlukan saya dalam bentuk begitu. Itu pun saya perlu berfikir 100 kali sebelum membuat keputusan,” katanya pada majlis borak santai bersama media di Suka Sucre Bistro, Hartamas, Kuala Lumpur semalam.

Pemilik nama sebenar Ahmad Fadzli Yaakob itu berkata, dia bertekad untuk tidak  membabitkan diri dalam mana-mana parti politik meskipun lamaran itu muncul berulang-ulang setiap kali pilihan raya umum (PRU) menghampiri.

Menurut Fazley, setiap kali pintu parti politik dibuka luas untuknya, setiap kali itu jugalah dia menolak dengan alasan bahawa dia yakin dunia politik bukanlah bidangnya.

Katanya selain ditawarkan tempat untuk aktif berpolitik, dia juga dihampiri untuk membantu mempromosi sesebuah parti menjelang PRU.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Asmara’ itu menambah, tawaran yang datang daripada beberapa parti berbeza itu mungkin disebabkan latar belakang anggota keluarganya yang juga pernah menceburi bidang itu sebelum ini.

“Allahyarham bapa saya Yaakob Mohamad pernah bekerja sebagai setiausaha kerja Barisan Nasional (BN). Jadi saya dah melihat dunia politik itu sendiri dan saya merasakan bahawa saya tidak akan menyertai politik,” ujarnya.

Walaupun tidak menceburkan diri dalam mana-mana parti politik, Fazley berkata, dia tetap boleh menyumbang kepada masyarakat mengikut cara yang dikehendakinya.

Menurut Fazley, dia boleh menerima undangan daripada parti politik tetapi ia hanya terhad kepada ceramah motivasi yang menyentuh bidang kulinari.

“Setiap kali dijemput ke jamuan politik misalnya saya akan beri ceramah motivasi yang tak menyentuh langsung mengenai politik.

“Ceramah dan ucapan saya hanya akan dari sudut motivasi sahaja, sebagai kata-kata semangat sahaja, saya tidak menyentuh langsung mengenai politik atau debat berkenaan mana-mana parti politik di negara ini,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Fazley berkata pada Februari depan, restorannya akan berpindah ke lokasi ketiga, setelah dua tahun berada di Taman Sri Hartamas.

Menurutnya, ia akan menjadi lebih besar dan lebih baik, masih dengan perkhidmatan dan kakitangan tetap sama. - Getaran, 21 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara