web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dikecam Netizen Gara-Gara Dikatakan Menyokong Syamsul Yusof Selepas Ucap Tahniah, Ini Penjelasan Shuib 

Shuib turut terkejut apabila namanya tiba-tiba menjadi tular gara-gara dikatakan menyokong Syamsul Yusof yang baru sahaja berkahwin buat kali kedua sehingga ada netizen yang mahu memboikot perniagaannya. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 1:00PM

Shuib Sepahtu - Gambar Instagram Shuib

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kontroversi yang melanda pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengenai kisah rumah tangganya bukan sahaja menggegarkan satu Malaysia, malah tempiasnya turut terkena kepada rakan selebriti. 

Selepas Syamsul mengumumkan dirinya telah berkahwin lagi dengan Ira Kazar, ramai rakan selebriti dilihat telah mengucapkan tahniah kepadanya di Instagram termasuklah pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib. 

Disebabkan ucapan itu, ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan Shuib yang dikatakan menyokong perbuatan Syamsul menduakan isteri pertamanya iaitu pelakon popular, Puteri Sarah Liyana.

Malah, ada netizen yang merancang untuk memboikot perniagaan Shuib gara-gara komennya itu. 

Getaran berpeluang bertemu Shuib di atas kapal persiaran mewah, Genting Dream untuk bertanyakan sendiri kepada tuan punya badan tentang perkara ini.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, dia sebenarnya malas untuk memberikan maklum balas mengenai isu ini, tetapi pada masa yang sama dia merasakan perlu bersuara untuk membuat penjelasan. 

"Saya ucapkan Alhamdulillah dan tahniah kepada Syamsul. Ucapan itu sebenarnya adalah satu ucapan di mana saya melihat sesuatu yang baik sedang berlaku. 

"Saya seorang lelaki, dia juga seorang lelaki dan dia kawan saya. Tetapi, tidak bermaksud saya menyebelahi mana-mana pihak. 

"Saya hanya melihat pernikahan merupakan sesuatu yang amat baik. Di sisi Islam juga adalah sangat baik. Jadi saya raikan kerana pernikahan ini kerana dengan pernikahan ada banyak benda yang boleh bertukar menjadi pahala. Perkara-perkara yang tidak baik akan terhenti di situ," katanya.

Shuib Sepahtu ketika belayar bersama Genting Dream. - Gambar Instagram Shuib
Shuib Sepahtu ketika belayar bersama Genting Dream. - Gambar Instagram Shuib

Tambah Shuib lagi, dia juga tidak menyangka ucapannya itu akan meraih perhatian ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

"Ramai yang 'DM' saya tanya kenapa saya sokong Syamsul. Ini bukan pasal sokong. Ucapan tahniah adalah perkara umum. 

“Sebagai contoh, sewaktu pilihan raya, tak semestinya kita ucap tahniah kepada yang menang bermakna kita menyokong atau suka. Jadi tak semestinya kita ucap tahniah itu bermaksud kita menyokongnya. 

"Ada juga sampai nak memboikot perniagaan saya. Saya tak faham dengan perkara ini. Saya dah la ada ramai pekerja yang bekerja dengan saya. Nak boikot saya kenapa? Saya buat salah apa?," Soalnya. 

Katanya lagi, netizen sepatutnya lebih bertanggungjawab jika mahu meninggalkan sesuatu komen yang mungkin akan memberi kesan tidak baik kepada individu yang membacanya. 

"Sebagai orang luar, sepatutnya kita doakan yang baik-baik. Jangan mengeruhkan lagi keadaan. Netizen lepas komen, akan kembali buat kerja dan jalani kehidupan seperti biasa. Tetapi kadang-kadang, kita tak perasan komen kita akan tinggalkan kesan kepada orang lain," ujarnya. 

Ditanya adakah dia menyokong poligam, kata Shuib mengamalkan poligami adalah tidak salah kerana dia juga mempunyai ramai sahabat yang berpoligami. 

"Ada antara sahabat saya yang isteri mereka sendiri tolong carikan isteri lain untuk mereka. Saya sendiri tak sangka.

"Tetapi realitinya, poligami itu tidak salah kerana lelaki boleh berkahwin empat. Tetapi semuanya berbalik kepada lelaki itu sendiri mengikut kemampuan sama ada boleh berlaku adil atau tidak.

"Kalau rasa tak boleh berlaku adil, lebih baik tak payah kahwin lain. Jika rasa boleh, dipersilakan," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Shuib dan dua lagi rakan penyampai radio Suria iaitu Ajak dan Suraya Borhan baru sahaja mencipta rekod di Malaysia Book Of Records selepas berjaya bersiaran secara langsung selama dua jam dari atas kapal persiaran mewah, Genting Dream pada Selasa lalu menjadikan stesen radio Suria FM sebagai radio Malaysia pertama yang bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran. 

Mereka juga turut di bawa berlayar selama empat hari tiga malam bersama lima pendengar bertuah serta rakan-rakan media dalam pelayaran membelah samudera bermula dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pinang seterusnya ke Singapura. - Getaran, 13 Januari 2023

Gambar: Shuib IG 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Persiapan Sudah 30 Peratus - Shuib Bakal Nikahi Wati Bulan Jun Ini, Raya Bersama Keluarga Bakal Isterinya Tahun Ini

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Shuib Minta Jangan Timbulkan Spekulasi Tidak Benar Tentang Hubungannya Dengan Watie 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Shuib Muat Naik Gambar Bersama Anak Di Restoran Mewah, Netizen Perasan Ada Kelibat Wanita Sedang Merakam 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Shuk Sahar Akui Rindu Untuk Melawak, Mengacara Dan Menjadi Penyampai Radio

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket Untuk Menyaksikan Indonesian Music Festival Dijual Serendah RM188

Festival akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur satukan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe. 

oleh Wartawan Hiburan Getaran