web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Latihan Dah Buat, Kecederaan Fasha Sudah Suratan - Azhan Rani

Menurut Azhan Rani, sebelum menjayakan babak tersebut, latihan sudah pun dilakukan bagi mengelakkan kemalangan seperti itu berlaku.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 9:00PM

Azhan berkata latihan sudah dibuat sebelum penggambaran babak itu dilakukan. - Tangkap layar video daripada Instagram Fasha Sandha

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Azhan Rani meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan Fasha Sandha yang patah tulang mata kiri semasa penggambaran sebuah telemovie Anak Tuan.

Semasa kejadian, Fasha sedang melakonkan sebuah babak bersama-sama Azhan Rani sebelum terhentak ke bucu katil yang tajam dan menyebabkan kecederaan pendarahan pada bebola dan patah tulang mata kiri.

Dalam satu hantaran di Instagram, pemenang Anugerah Khas Juri di malam Anugerah Telenovela 2019 itu mengatakan kejadian tersebut memang di luar kawalan memandangkan latihan sudah dibuat sebelum penggambaran dilakukan.

“Tiada siapa yang mahukan kemalangan seperti ini terjadi. Pihak produksi telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan dan latihan sudah dilakukan.

“Aksi yang dilakukan hanya teknik sahaja namun jika itu sudah tertulis, itulah suratan,” tulisnya.

Tidak hanya itu, dia juga sempat menceritakan bahawa Fasha sangat komited. Walaupun sakit, pelakon itu masih meminta Azhan untuk teruskan berlakon dan meminta maaf kerana melambatkan tempoh penggambaran.

Fasha sempat menghubunginya dan memaklumkan perkembangan terkini.

“Doktor memaklumkan Fasha untuk tidak terlalu terdedah dengan cahaya. Berilah dia peluang untuk berehat,” katanya.

Terkini, Fasha dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital pakar di Johor Bharu. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara