web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terlibat Kemalangan, Penyampai Molek FM, Mek Zura Akui Microsleep, Minta Pendengar Jadikan Kisahnya Suatu Iktibar

Bagaimanapun, susulan daripada kejadian tersebut, Mek Zura tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 11:00AM

Mek Zura yang mengendalikan segmen 'Molek Pagi' telah berdepan dengan kemalangan yang tidak diduga selepas pulang daripada bekerja di konti - Gambar Instagram Mek Zura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malang tidak berbau buat penyampai radio 'Molek FM', Mek Zura yang mengendalikan segmen Molek Pagi apabila telah berdepan dengan kemalangan yang tidak diduga selepas pulang daripada bekerja di konti pada 8 Mac lalu. 

“Saya dah rasa kurang sihat sejak datang kerja jam 5 pagi hari itu, tetapi saya masih memaksa diri untuk datang kerja. 

“Untuk dijadikan cerita, setelah selesai menjalankan kerja harian saya, saya terus pulang kerana waktu itu apa yang saya fikir hanyalah nak berehat. Perjalanan dari Sri Pentas ke rumah saya, Bagan Lalang agak jauh di mana mengambil masa hampir satu setengah jam jadi saya sentiasa sediakan makanan seperti keropok, gula-gula dan minuman untuk hilangkan rasa ngantuk. 

“Tetapi pada hari itu, saya berpuasa jadi apa yang saya boleh buat untuk hilangkan rasa ngantuk hanya dengan tepuk pipi untuk rasa lebih segar namun tak berjaya. 

“Sewaktu perjalanan pulang, saya memandu dengan keadaan yang berbahaya di mana saya ke kiri dan kanan tanpa saya sedar. 

“Setibanya di guard house  saya amat bersyukur kerana sikit sahaja lagi nak sampai rumah, tetapi dengan tak sedar tiba tiba kereta saya dah meelanggar pokok besar berhampiran rumah saya,” katanya yang turut berkongsi mengenai kejadian itu menerusi Instagram miliknya, @mekzuraaaaaa. 

Bagaimanapun, susulan daripada kejadian tersebut, Mek Zura tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Bahkan, dia bersyukur kerana diberi peluang dan masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa walaupun dadanya berasa sedikit sesak berbanding biasa kerana terkena hentakkan. 

Namun, peristiwa itu sememangnya memberikan pengajaran buat Mek Zura dan dia turut berpesan kepada pendengar Molek FM supaya menjadikan kisahnya itu sebagai suatu iktibar. 

“Saya minta pendengar dan yang memandu kenderaan tidak kira kereta, motor atau basikal sekalipun untuk sentiasa berhati-hati. 

“Sekiranya terlalu mengantuk jangan paksa diri untuk teruskan memandu kerana badan kita perlukan rehat yang secukupnya, walaupun diri kita rasa masih boleh bertahan, tetapi otak kita dah tak kuat. Bukan kepada diri kita sahaja, malah orang lain juga akan terkena padahnya.

“Juga, sentiasa memakai tali pinggang keledar walaupun nak pergi ke kedai depan rumah kerana kemalangan yang saya hadapi tersebut berlaku dalam kawasan rumah saya sahaja. Dan disebabkan pemakaian tali pinggang keledar juga mengurangkan kecederaan yang saya hadapi sekarang,” katanya. 

Mengulas mengenai status dan keadaan Mek Zura, Ketua Rangkaian Kandungan Molek FM, Nik Nor Azura mengakui, pihaknya berasa terkejut dan sedih apabila mendapat tahu bahawa Mek Zura terlibat dengan kemalangan tersebut. 

“Kami mendapat tahu berita ini di dalam di group Whatsapp kami. Tapi saya sendiri rasa syukur apabila dapat tahu keadaannya tidak serius dan selamat. 

“Di sini saya mengambil peluang untuk memberi sedikit pesanan kepada semua untuk sentiasa jaga kesihatan dan tidak terlalu memaksa diri memandu dalam keadaan mengantuk kerana kemalangan tidak berbau. Juga, untuk Mek Zura semoga cepat sihat dan kembali menghiburkan pendengar Molek FM,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara