web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Reen Rahim Kesal Akaun TikTok Disekat Gara-Gara Video Lagu Spontan Tak Pernah Bangun Sahur

Kata Reen, dia bagaimanapun terkejut apabila video yang dimuat naik secara spontan itu mendapat kecaman tanpa usul periksa oleh segelintir netizen.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Apr 2023 8:22PM

Reen Rahim - Gambar Instagram Reen Rahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Reen Rahim mengakui terkejut apabila akaun TikTok miliknya yang telah pun mencecah jumlah pengikut sebanyak 1.6 juta disekat gara-gara memuat naik video sambil menyanyikan lagu dengan lirik yang mencetuskan kontroversi, 'Seumur hidup aku, tak pernah bangun sahur. Bila dah kahwin, aku kena siapkan sahur'.

Bahkan, dia turut menerima pelbagai kecaman yang teruk daripada netizen bersama tuduhan bahawa dia tidak pernah berpuasa. 

Tampil menjelaskan mengenai kenyataan itu, Reen berkata, video yang dimuat naik di platform TikTok dilakukan secara spontan tanpa berfikir panjang.

“Sejujurnya, pada masa itu, saya teruja dan bangga dengan diri sendiri apabila boleh bangun pagi untuk masak sahur.

“Jadi bila saya teruja sangat, saya pun buat satu video sambil menyanyi lagu, ‘Seumur hidup aku tak pernah bangun sahur’ dan muat naik dalam TikTok saya, tak fikir panjang pun,” katanya.

Kata Reen, dia bagaimanapun terkejut apabila video yang dimuat naik secara spontan itu mendapat kecaman tanpa usul periksa oleh segelintir netizen.

Menurut pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim,34, dia mengakui dirinya memang salah kerana memilih untuk menyanyikan lagu dengan lirik yang mengundang persoalan.

“Saya akui memang salah saya sebab menyanyi lagu dengan lirik ‘tak pernah bangun sahur’. Tapi yang buat saya marah, ada yang terus kecam saya teruk-teruk. Dakwa saya tidak pernah puasa pulak.

“Takkan mereka tidak boleh berfikir, saya ada ibu bapa yang boleh kejut saya untuk bersahur, takkan mereka tak kejutkan saya.

“Lagipun, semasa video itu menjadi viral, saya terlibat dalam penggambaran filem terbaharu, di lokasi yang liputan internetnya cukup lemah. Jadi, saya tak dapat nak beri sebarang respons dan penjelasan yang sepatutnya,” tegasnya.

Jelas Reen lagi, dirinya merupakan seorang anak bongsu wanita yang sering dimanjakan ahli keluarga yang lain.

“Saya ini anak bongsu dalam keluarga. Ibu, ayah, kakak serta abang saya sering manjakan diri saya sebelum saya kahwin, tetapi bila saya keluar dari rumah, saya merupakan seorang wanita yang sangat rajin serta mampu berdikari. 

“Saya rasa kebanyakan anak bongus perempuan memang begitu. Apabila ada di rumah mereka akan dimanjakan di mana kadang-kadang, ibu saya akan datang bawa makanan dan suap ke mulut saya ketika sahur.

“Jadi, saya memang jarang bangun pagi jam 4 pagi untuk bersahur kerana ibu saya akan bawakan air botol dan kejutkan saya untuk sahur dalam 15 minit sebelum subuh. Jadi saya dapat minum air, bangun solat dan sambung tidur,” katanya.

Reen berkata demikian ketka ditemui media pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Malam Raya yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini. – Getaran, 14 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara