web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Baru Dedah Perkahwinan - Farali Khan Tak Gemar Canang Cerita Peribadi, Kini Hamil 7 Bulan 

Farali Khan berkata, dia dan suami selamat bernikah pada 1 September tahun lalu dan memilih tidak mengumumkan terlalu awal kepada peminat.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 4:00PM

Pelakon Farali Khan memilih untuk tidak mengumumkan perkahwinannya terlalu awal kepada peminat. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun sudah berumah tangga pada September tahun lalu, pelakon Farali Khan memilih untuk tidak mengumumkan terlalu awal kepada peminat.

Menurut pelakon yang sering terlibat dalam naskah aksi itu, dia selesa untuk tidak mencanang soal perkahwinannya di media sosial.

Kata Farali atau nama sebenarnya, Norfara Ali Dad Khan, 34, dia mahu masyarakat mengenalinya menerusi cerita pencapaian dan kerjaya sebagai penggiat seni berbanding cerita-cerita peribadi.

Perkahwinan memerlukan kerja keras dan kesabaran di antara pasangan. - Gambar PR
Perkahwinan memerlukan kerja keras dan kesabaran di antara pasangan. - Gambar PR

“Saya memang tidak gemar kongsi cerita peribadi sebelum ini dengan membuat hantaran di media sosial. Kalau ada yang tahu (mengenai perkahwinan), Alhamdulillah. Syukur, mereka mendoakan kami.

“Apapun, saya memilih untuk berahsia kerana lebih selesa orang mengikuti perkembangan kerjaya saya berbanding peribadi. Bagi yang tahu (kisah peribadi), saya okay. Cuma, tak perlu kongsi banyak sebab ada juga yang tak suka nanti,” katanya kepada Getaran. 

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram baru-baru ini, Farali yang kini sarat hamil tujuh bulan menjelaskan, dia melihat perkahwinan bukan sebuah kisah dongeng.

Jelas pelakon berdarah kacukan Pakistan dan Cina itu, perkahwinan memerlukan kerja keras dan kesabaran di antara pasangan.

“Insya-Allah, saya harap awak akan terus menjadi sahabat baik, suami setia, bakal bapa penyayang dan insan terbaik. Biarkan kekal setiap hari berlatih apa yang Allah suka dan jaga rumah tangga kita dengan harmoni,” tulisnya.

Farali kini sibuk mempromosikan filem Tujuh Dua Belas yang mula ditayangkan sejak 4 Mei lalu.  - Gambar PR
Farali kini sibuk mempromosikan filem Tujuh Dua Belas yang mula ditayangkan sejak 4 Mei lalu. - Gambar PR

Farali  mendedahkan dirinya sudah hampir setahun bergelar isteri kepada seorang peragawan bernama, Qireen. Mereka disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 1 September 2022.

Dalam perkembangan lain, Farali kini muncul dengan filem Tujuh Dua Belas arahan Thorpe Ali di pawagam tanah air sejak 4 Mei lalu.

Filem bergenre aksi itu turut dibintangi pelakon lain seperti pesilat dari Indonesia, Chintya Candranaya, Johan Asa'ari, Adam Darwisyh, Idzham Ismail, Souya dan Doy Bohai. – Getaran, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara