web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ikut Fatwa Pun Ia Adalah Dosa! - Aizat Amdan Kesal Bentuk Badan Jadi Bahan Jenaka Dan Body Shaming Netizen 

Menurut Aizat, kecaman yang diterimanya daripada netizen terhadap bentuk fizikal badannya itu menjadi salah satu punca kurang berkongsi perkembangan terkini di laman sosial.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 8:00PM

Aizat bersama isteri tercinta, Elyssa Alia Ilias - Gambar Instagram Aizat Amdan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara memiliki bentuk tubuh sedikit berisi, penyanyi Aizat Amdan mendedahkan dia kini menjadi mangsa body shaming daripada netizen.

Terkesan apabila orang ramai hanya memberikan fokus terhadap keadaan fizikal badannya itu, Aizat mengakui terkilan kerana masih ada masih ada segelintir masyarakat di negara ini menjadikan isu ‘body shaming’ sebagai bahan jenaka.

“Saya nak cakap yang ‘body shaming’ memang bukan satu benda yang cool. Ikut fatwa pun ia adalah dosa. Jadi kenapa nak sebarkan dosa sampai semua orang pun terkena tempias ‘body shaming’?

“Contoh tentang ‘body’ saya, sebelum ini saya ada buat satu persembahan festival yang dihadiri beribu-ribu orang tapi yang menjadi topik utama ialah tentang badan saya. Perkara itu memang buat saya rasa tak puas hati.

“Bukan senang sebenarnya nak tarik orang ramai datang tengok show pada zaman sekarang. Lagi-lagi ia dianjurkan oleh artis tempatan. Saya ingatkan itu yang akan jadi bualan tapi lain pula cerita yang keluar. Saya sedihlah,” katanya kepada Getaran.

Aizat Amdan - Gambar Instagram Aizat Amdan
Aizat Amdan - Gambar Instagram Aizat Amdan

Aizat ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP Media dan Indigital Music di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, baru-baru ini.

Menurut Aizat atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan,34, kecaman yang diterimanya daripada netizen terhadap bentuk  fizikal badannya  itu menjadi salah satu punca  kurang berkongsi perkembangan terkini di laman sosial.

Tambah penyanyi ‘Hingga Ke Hari Tua’ itu lagi, dia kurang bersetuju apabila ada netizen yang membuat perbandingan mengenai perubahan bentuk badannya ketika menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).

“ Saya tak fahamlah…orang cuba tengok gambar saya yang lama dan buat perbandingan tentang keadaan saya hari ini. 

“Saya sedar, yang berat badan saya naik tapi sudah tentu saya kena ‘maintain’ dan saya rasa dah tentu ada naik dan turunnya.

“Saya tak tahulah kalau orang cakap ‘body shaming’ ni sebenarnya dah berlaku sejak 10 tahun yang lepas, tapi ia masih dipeerkatakan.

“ Yang penting saya nak beritahu pada semua yang saya sihat. Alhamdulillah…tiada penyakit kronik,” ujarnya. – Getaran, 12 Mei 2023



 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Imej Aizat Di Konsert Yunaverse feat Ai. Z Jadi Tanda Tanya Peminat

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sesuailah Bila Kangana Ranaut Ajar Netizen Yang Biadap Tentang  'Body Shaming' 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Nak Kata Saya Bodoh, I’ll Take It, Tapi Jangan Sentuh Keluarga Saya” - Isteri Aizat Amdan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Aizat Amdan Kahwini Pengurus Hari Ini, Bakal Ke Mexico Bulan Madu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara