web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Imej Aizat Di Konsert Yunaverse feat Ai. Z Jadi Tanda Tanya Peminat

Tampil dengan kemeja T biru, seluar pendek dan tali pinggang warna perak ‘ala’ bengkong nyata berbeza daripada imejnya sebelum ini.

Muzik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 8:53AM

Penampilan terbaharu Aizat yang kini turut dikenali sebagai Ai.Z. gambar Instagram Yuna

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apabila penyanyi lagu Pergi, Aizat Amdan muncul dengan penampilan lain dari kebiasaannya pada konsert Yunaverse feat Ai. Z yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di TikTok, Aizat dilihat memakai kemeja T biru yang disuai padan dengan seluar pendek dan ikatan di pinggangnya yang seakan-akan bengkung berwarna perak hingga mengundang tanda tanya dalam kalangan peminatnya.

Malah, ada yang menganggap penampilan itu adalah alter ego atau personaliti kedua atau sisi lain Aizat yang kini turut dikenali sebagai Ai.Z, iaitu imejnya bagi menembusi pasaran antarabangsa.

“Aizat Amdan masih seperti yang dulu, cuma ini dia perform (menyanyi) atas pentas sebagai Ai.Z, alter ego dia. Sebab itu dressup lain sikit,” kata seorang peminat di ruangan komen TikTok itu.

Ada juga dalam kalangan warga siber menerangkan bahawa penampilan itu adalah hasil pengaruh penyanyi kelahiran London, United Kingdom, Sam Smith, sekali gus menggelar Aizat sebagai Sam Smith Malaysia.

“Apa ini, Sam Smith Malaysia?” tanya seorang peminat.

“Mungkin dah lama nak jadi Sam Smith tapi dia control, akhirnya dia jadi juga,” kata ujar seorang lagi peminatnya di ruangan komen berkenaan.

Terdahulu, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF) musim kelima itu turut berduet dengan Yuna menerusi  lagu Terukir Di Bintang. – Getaran, 24 Oktober 2023

@ariaputerakamal

Aizattt Amdan !!!

♬ original sound - Aria Putera Kamal

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara