web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


“Nak Kata Saya Bodoh, I’ll Take It, Tapi Jangan Sentuh Keluarga Saya” - Isteri Aizat Amdan

Elyssa terkejut apabila warganet memberikan komen yang tidak enak tentang tubuh badannya, sedangkan setiap wanita telah dikurniakan bentuk tubuh badan masing-masing.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 8:43PM

Elyssa mengakui tidak dapat lari daripada menerima tempias populariti suaminya dan mula menjadi perhatian di platform media sosial - Gambar Instagram @elyssalia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isteri kepada penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia membuat teguran secara terbuka kepada segelintir warganet yang melemparkan komen tidak enak dibaca seperti memerli bentuk tubuh dan menghina keluarganya. 

Sejak bergelar isteri kepada penyanyi terkenal tanah air, Elyssa mengakui tidak dapat lari daripada menerima tempias populariti suaminya. Namanya, mula menjadi perhatian dan cakap-cakap orang ramai terutamanya di platform media sosial.

“Saya tak kisah orang tegur tentang perangai saya, tapi  jangan sentuh tubuh badan saya. Saya berpendapat kita tidak patut hakimi orang berdasarkan kepada apa dia pakai, tapi kita hakimi seseorang kerana perangai dia. 

“Saya terkejut orang asyik komen tentang tubuh badan saya sedangkan setiap wanita telah dikurniakan bentuk tubuh badan masing-masing. 

“Kalau tak suka tak apa, jangan cakap benda yang kejam di laman Instagram saya,” katanya ketika ditemui Getaran sejurus majlis akad nikahnya di Puchong pada Ahad.

Bukan itu sahaja, Elyssa yang juga pengurus kepada Aizat mendedahkan tidak hanya pada dirinya, bahkan ada juga pengguna media sosial yang mengeluarkan kata-kata biadap dengan menghina ibu dan bapanya. 

“Ada juga yang cakap benda menyakitkan hati  terhadap  ibu bapa saya. Kerana pakaian saya, ada yang tuduh bapa saya tak ajar saya sembahyang. Saya mungkin okey, tapi mak ayah saya tak okey. 

“Saya pantang orang kacau keluarga saya. Nak kata saya bodoh ke bangang, I’ll take it tapi jangan sentuh keluarga saya atau tubuh badan saya.

“Memang pakaian saya orang kata tak cukup kain. Tapi saya cuba ubah sedaya upaya. Saya percaya untuk berubah, ia haruslah bermula melalui hati dahulu. Buat apa saya pakai tudung tapi tak sembahyang, merokok dan biadap?” tambahnya.

Terdahulu, pasangan merpati sejoli itu selamat bergelar suami isteri semalam. Hanya dengan sekali lafaz, Elyssa sah menjadi suri hati Aizat. 

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara, Ilias Moideen dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd dalam sebuah majlis sederhana di A-Park, Puchong pada Ahad pagi. - Getaran, 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 8 bulan yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara