web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

Sukan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 10:14AM

Pasukan negara sugul dan enggan bertemu media selepas tewas di tangan Jordan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekalahan Harimau Malaya di tangan Jordan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E di Doha, Qatar malam tadi menjadikan dunia media sosial ‘panas’ seketika.

Tinjauan Getaran mendapati, Akaun #AsianCup2023 yang memuat naik setiap perkembangan terkini Piala Asia 2023 di X dipenuhi kutukan dan kecaman peminat bola sepak.

Majoriti kutukan dilihat datang daripada netizen India, yang nampaknya begitu ‘berdendam’ dengan pasukan Malaysia.

Semua ini dipercayai gara-gara kekalahan 4-2 India di tangan Harimau Malaya pada Pestabola Merdeka Oktober lalu.

Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ) itu juga mencetuskan kontroversi apabila India mendakwa, pengadil dari Thailand, Mongkolcha Pechhri bersikap berat sebelah dan lebih memihak kepada Malaysia.

Keadaan padang SBNJ yang buruk juga dikatakan menyumbang kepada kekalahan India.

Senario berkenaan turut dilaporkan portal Hindustan Times, yang berpangkalan di New Delhi. 

Menjengah balasan yang diterima akaun @afcsiancup, ada netizen India menyifatkan arena bola sepak Malaysia sebagai ‘penipuan’ terbesar di Asia. 

Ada juga menyifatkan kekalahan Harimau Malaya berpunca kerana pasukan berkenaan hanya mahir bermain di atas ‘sawah padi’, merujuk kepada keadaan padang SBNJ yang buruk sewaktu temasya Pestabola Merdeka diadakan.

Segelintir netizen juga dikesan menggunakan bahasa kesat bagi menggambarkan ‘kepuasan hati’ masing-masing susulan kekalahan Malaysia, termasuk melabel pasukan negara sebagai Malaydogs dan Gayalasia.

Beberapa netizen pula menganggap pasukan Indonesia jauh lebih mantap kerana hanya kalah tipis, iaitu 0-1 di tangan Jordan pada Piala Asia 2022.

Dengan kekalahan malam tadi, Malaysia kini berada di kedudukan akhir Kumpulan E.

Malaysia bakal menentang Bahrain 20 Januari nanti pada jam 10.30 malam (waktu Malaysia). - Getaran, 16 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah