web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yantzen Rindu Buat Aksi 'Somersault'

Jelas Yantzen lagi, disebabkan faktor kesihatan dia terpaksa mengubah rentak sewaktu menghiburkan peminat iaitu dengan beraksi berhampiran mikrofon saja.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 6:00PM

Mengulas lanjut berkenaan penglibatannya dalam Konsert Rock Dulu Dulu, Yantzen berkata, dia akan membuat persembahan selama sejam dengan membawa lagu-lagunya yang pernah digemari ramai suatu ketika dulu - Gambar Instagram Yantzen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa tahun tidak beraksi di pentas susulan masalah kesihatan membuatkan Penyanyi rock popular, Yantzen mengakui sangat rindu seperti apa yang pernah dilakukannya suatu ketika dulu.

Menurut Yantzen, keinginan beraksi terbatas oleh faktor usia selain dia kini bertarung dengan ‘penyakit misteri’ sejak beberapa bulan lalu membabitkan bahagian kakinya.

“Sejujurnya, kalau ditanya, memang saya rindu. Tipulah kalau saya kata tidak. Dulu semasa muda-muda kalau nampak tiang, saya dah panjat semua itu atau buat aksi somersault (balik kuang).

“Saya memang akan ke sana ke mari di atas pentas supaya peminat boleh beri tumpuan pada saya dan lupakan muzik,” katanya.

Yantzen atau nama penuhnya Yantzen Juniwan berkongsi perkara berkenaan pada sidang media pengumuman Konsert Rock Dulu Dulu di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Kelang baru-baru ini.

Jelas Yantzen lagi, disebabkan faktor kesihatan dia terpaksa mengubah rentak sewaktu menghiburkan peminat iaitu dengan beraksi berhampiran mikrofon saja.

“Kalau ingin beraksi seperti dulu, memang agak susah. Lagipun bila usia kita semakin meningkat, seperti saya yang sudah mencecah 65 tahun, tenaga juga dah tak sama.

“Sama juga dari segi nyanyian pula, saya perlu kurangkan banyak key tapi mengambil pendekatan untuk fokus pada pernafasan. Kalau mampu kekalkan stamina, insya-Allah saya boleh kawal vokal dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, vokalis Rusty Blade itu turut berkata, mendedahkan dia sudah lama menanggung penyakit misteri yang bukan saja menyebabkan dia sakit kaki malahan turut mengakibatkannya sukar tidur malam.

Tambahnya, meskipun dia sudah melakukan pemeriksaan doktor, peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh itu menjelaskan, dia gagal mendapat jawapan bagi merungkai jenis penyakit yang dihidapi.

Justeru, katanya, dirinya kini berikhtiar pula melalui penggunaan ubat-ubatan tradisional bagi mengurangkan sakit tersebut.

Mengulas lanjut berkenaan penglibatannya dalam Konsert Rock Dulu Dulu, Yantzen berkata, dia akan membuat persembahan selama sejam dengan membawa lagu-lagunya yang pernah digemari ramai suatu ketika dulu.

“Kebetulan, nasib saya baik apabila ditawarkan untuk menyertai konsert ini. Rezeki kita ya. Antara lagu-lagu akan saya bawakan seperti 'Meniti Suratan', 'Tiada Lagi' dan 'Insan',” jelasnya.

Selain Yantzen, konsert berkenaan akan turut dijayakan oleh barisan penyanyi lain seperti Zamani Slam, Lan Solo, Hatta Junction, Acheed Def Gab C, dan Alim Kris.

Konsert anjuran Lowcost Fiesta Tour dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) itu dijadual menemui peminat di Padang Kunak, Sabah 25 hingga 30 Ogos ini. – Getaran, 10 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara