Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Antara nama yang sedang mendahului undian ABPBH-35 ialah Anna Jobling, Aina Abdul, Amir Masdi, Bell Ngasri, Meerqeen dan Ernie Zakri.

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 9:27AM

ABPBH bakal berlangsung 21 Julai nanti

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kelmarin telah berlangsung sidang media pra kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke 35 (ABPBH-35), dan beberapa info menarik mengenai anugerah ini telah dikongsikan kepada umum.

Antara yang diumumkan pada malam itu adalah dua hos yang akan mengendalikan ABPBH35 iaitu Johan dan Ain Edruce. Fizi Ali dan Riena Diana pula akan mengacarakan acara di karpet merah.

https://www.instagram.com/reel/Cuj0H-nMVgN/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Buat pertama kalinya ABPBH akan diadakan di Istana Budaya dan akan disiarkan secara langsung di TV3 pada 21 Julai 2023 jam 9 malam.

Turut diumumkan pada sidang media itu adalah barisan penyampai trofi serta artis yang akan membuat persembahan, antaranya Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Erra Fazira, Sufian Suhaimi, Luca Sickta, Kmy Kmo, Aina Abdul dan ramai lagi.

Barisan artis dan hos yang akan beraksi di pentas ABPBH 21 Julai nanti
Barisan artis dan hos yang akan beraksi di pentas ABPBH 21 Julai nanti

Undian secara dalam talian tinggal berbaki tiga hari sahaja lagi untuk peminat mengundi calon-calon pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingan.

Sepuluh artis yang sedang mendahului undian turut diumumkan pada malam itu. Mereka ialah Aina Abdul, Anna Jobling, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Kebanyakan nama yang tersenarai memang sedang menjadi bualan hangat di media sosial antaranya Bell Ngasri, Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Anna Jobling ketika ditemui pihak media berkata, dia bersyukur apabila namanya berada dalam senarai 10 selebriti yang sedang mendahului undian.

Anna Jobling
Anna Jobling


“Ini adalah pertama kali saya sertai ABPBH. Alhamdulillah saya tercalon dalam beberapa kategori. Diberi pula penghormatan untuk menjadi salah seorang penyampai anugerah pada malam itu. Semestinya saya sangat teruja.

“Terima kasih kepada peminat-peminat yang mengundi saya. Saya punya ‘fan base’ yang sangat kuat. Saya tahu mereka sangat sayangkan saya. Dan saya juga sayangkan mereka. Saya tahu mereka akan cuba sedaya upaya, bekerja keras untuk mengundi saya. Setiap hari mereka akan mengundi,” katanya.

Anna Jobling dan Aina Abdul
Anna Jobling dan Aina Abdul


Nama Anna Jobling antara yang disebut-sebut bakal menjulang Anugerah Bintang Paling Popular untuk ABPBH-35. Ditanya apakah perasaannya ketika ini tatkala namanya sedang menjadi bualan hangat, kata Anna dia sama sekali tidak terfikir untuk membawa pulang trofi utama itu.

“Saya tak terfikir langsung mengenai perkara ini. Saya rasa siapa pun yang menang nanti, mereka sememangnya layak. Dan saya sangat bersyukur kerana dapat berada di kalangan mereka.,” ujarnya.

Sebanyak 12 kategori utama dan tujuh kategori ekstra dipertandingkan pada malam kemuncak ABPBH-35 nanti, namun hanya seorang bintang yang akan dinobatkan sebagai Artis Paling Popular. Talian undian masih lagi dibuka sehingga 15 Julai ini. Teruskan mengundi artis kesayangan anda. – Getaran, 13 Julai 2023.




 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

Sophia Albarakbah Sangkal Dakwaan Menang Di ABPBH35 Kerana Kontroversi, Yakin Peminat Undi Kerana Bakat 

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

Penantian 25 Tahun Elly Mazlein Dan Tyzo Untuk Menggenggam Trofi ABPBH 

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

oleh Rahayu MN

Selebriti 7 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

oleh Rahayu MN