web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sophia Albarakbah Sangkal Dakwaan Menang Di ABPBH35 Kerana Kontroversi, Yakin Peminat Undi Kerana Bakat 

Menurut pelakon jelita ini, pengundi tidak akan mengundi seseorang itu jika mereka tidak meminati dan kemenangan bukan hanya bergantung kepada kontroversi semata-mata 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 2:03PM

Sophia Al Barakbah tidak sangka dinobat sebagai antara pemenang ABPBH35 - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah gembira apabila namanya dijulang sebagai penerima anugerah Aktres Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) baru-baru ini. 

Menurut Sophia, dia juga tidak menyangka namanya akan diumumkan sebagai pemenang sehingga berasa gugup saat menerima trofi di atas pentas. 

“Saya rasa macam tak percaya. Sama masih cuba proses kemenangan ini. Saya bertanding dengan nama-nama besar seperti Maya Karin, Diana Danielle dan Janna Nick. Saya ingat salah seorang daripada mereka yang akan menang. Sebab itu apabila nama saya diumumkan, saya tercengang,” katanya. 

Sophia yakin dia dipilih sebagai oemenang kerana bakat dimiliki - gambar Instagram
Sophia yakin dia dipilih sebagai oemenang kerana bakat dimiliki - gambar Instagram

Sepanjang tahun ini, nama Sophia hangat diperkatakan gara-gara kontroversi melibat suami orang, malah sehingga ke saat hampir menjelang ABPBH35, masih ada gossip yang mengaitkan namanya dengan pelakon lain dengan status yang sama. 

Ditanya adakah kontroversi yang melanda dirinya merupakan faktor yang menyebabkan dia menang di ABPBH35, kata Sophia dia percaya peminat memilihnya kerana bakat.  

“Saya pun tak tahu sama ada kontroversi yang melanda saya membantu atau pun tidak.  Tak kisah kalau ada kontroversi atau tidak, kalau orang tak minat mereka tak akan undi. Tetapi kemenangan ini telah membuktikan kerja keras saya selama ini berbaloi dan saya layak menang trofi ini,” ujarnya.  

Sophia tidak percaya akhirnya dipilih sebagai pemenang kerana bersaing dengan nama-nama besar - gambar Instagram
Sophia tidak percaya akhirnya dipilih sebagai pemenang kerana bersaing dengan nama-nama besar - gambar Instagram

Tambah pelakon ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ ini lagi, dia berharap kemenangannya di ABPBH35 dapat menghentikan orang di luar sana daripada bercakap perkara yang negatif tentang dirinya dan lebih fokus kepada bakatnya dalam bidang lakonan.  

“Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Jika ada 1,000 orang yang membenci, saya percaya ada 1,000 lagi orang yang menyayangi. Seperti gosip yang melanda baru-baru ini pun, orang yang petik nama saya. Walhal bukan saya. Tak patut fitnah seperti itu. Hanya saya dan Tuhan sahaja yang tahu,” luahnya. – Getaran, 26 Julai 2023. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

PEMENANG Rancang Bawa Kembali 10,000 Keluarga Melayu Ke George Town

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penantian 25 Tahun Elly Mazlein Dan Tyzo Untuk Menggenggam Trofi ABPBH 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Akhirnya Gondol Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri Pernah Dipandang Rendah Seorang Pengarah Kerana 'Ketot'

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara