web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PEMENANG Rancang Bawa Kembali 10,000 Keluarga Melayu Ke George Town

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jul 2024 9:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Terdapat rancangan untuk menempatkan semula sehingga 10,000 keluarga Melayu di George Town, Pulau Pinang, selepas banyak perpindahan berlaku kerana 
peningkatan kos sara hidup selama beberapa dekad.

Majoriti keluarga berkenaan berpindah ke tanah besar Prai, Kedah, dan Perak.

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) iaitu organisasi Melayu tertua di negara ini telah merangka pelan lima tahun yang komprehensif untuk membolehkan keluarga Melayu dengan pelbagai latar belakang ekonomi dan kemahiran profesional kembali ke pulau tersebut.

PEMENANG telah memaklumkan cadangan ini kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. 

Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, pelan penempatan semula ini akan tertumpu di kawasan Jalan Pattani, Jalan Perak, dan Jalan Sungai Pinang, meliputi kawasan seluas kira-kira 40 hektar.

"Ia akan dikenali sebagai Enclave Melayu, yang akan dilengkapi dengan kawasan perumahan, kawasan komersial, serta masjid, untuk melambangkan identiti Melayu-Islam di George Town.

"Tanah wakaf telah diperuntukkan khusus untuk tujuan ini, yang diwariskan kepada komuniti Melayu Islam oleh Majlis Agama Islam Negeri," katanya. 

PEMENANG jelas beliau berhasrat membantu menempatkan semula komuniti Melayu di dalam bandar yang telah mengalami perubahan menjadi kosmopolitan. 

Yussof berkata, PEMENANG sedang berhubung dengan majlis pemandu Bumiputera negeri, yang diketuai oleh teknokrat Tan Sri Khalid Ramli, untuk merealisasikan matlamat penempatan semula ini.

Mengenai mengapa orang Melayu berpindah dari pulau itu, Yussof berkata terdapat pelbagai isu, terutama faktor sosio-ekonomi, yang mendorong komuniti tersebut untuk berpindah. 

Katanya, taraf hidup meningkat ke tahap yang tidak selesa bagi kebanyakan keluarga Melayu apabila Pulau Pinang berkembang pesat dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.

"Kita tidak boleh menyalahkan kos sara hidup atau harga hartanah semata-mata sebagai penyebab utama. Terdapat juga faktor sosio-ekonomi lain yang memainkan peranan," jelasnya.

Yussof menegaskan, migrasi adalah perkara peribadi dan ia tidak seharusnya dikaitkan hanya dengan kos sara hidup yang tinggi, namun dengan adanya tanah yang kini tersedia, PEMENANG melihat peluang bagi orang Melayu untuk menetap semula di George Town dan memanfaatkan pertumbuhan ekonomi yang berlaku.

Beliau juga menyeru agar semua agensi Bumiputera, Pihak Berkuasa Pembangunan Bandar dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Pulau Pinang bekerja lebih keras untuk memastikan keadaan ekonomi tidak memaksa orang Melayu keluar dari Pulau Pinang seperti yang berlaku dari tahun 1970-an hingga 1990-an.

Aktivis Melayu, Rahmad Isahak, berkata kos sara hidup yang tinggi memainkan peranan signifikan dalam migrasi orang Melayu selama tiga dekad lalu. 

"Langkah untuk menempatkan semula komuniti Melayu di George Town adalah sangat dialu-alukan dan merupakan usaha terbaik untuk mempamerkan kekayaan warisan bandar tersebut," katanya.

"Sejarah mengajar kita bahawa orang Melayu adalah pelopor di Pulau Pinang. Kini adalah wajar untuk mengembalikan status mereka sebagai peneroka asal George Town,” katanya. – The Vibes, 27 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Langgar Polis Semasa Op Tapis Khas, Lelaki Ditahan

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganjur George Town Festival Mohon Maaf, Tarik Balik Video Kontroversi

4

Budaya 2 bulan yang lalu

Festival Sastera George Town Kembali Lagi 29 Nov

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB