web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Langgar Polis Semasa Op Tapis Khas, Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Aug 2024 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki disyaki pengedar dadah yang bertindak melanggar seorang konstabel polis hingga cedera di beberapa bahagian badan semasa Op Tapis Khas di kawasan Klinik Kesihatan di Sungai Dua di sini, ditahan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Air Itam, di sini iaitu sehari selepas kejadian tersebut hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis.

"Dalam kejadian pada kira-kira 8.20 pagi Selasa itu, sepasukan polis telah menjalankan Op Tapis Khas dalam kawasan klinik tersebut selepas menerima aduan terdapat kegiatan penjualan dadah kepada penagih yang menerima rawatan metadon di situ.

"Ketika pihak polis cuba menahan suspek yang menaiki sebuah motosikal, lelaki itu yang juga penagih dadah bertindak melanggar konstabel berusia 27 tersebut kerana mahu melarikan diri daripada ditahan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Razlam berkata, anggota polis lelaki berkenaan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan diberi rawatan awal di klinik kesihatan tersebut sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau berkata, konstabel tersebut menerima rawatan sebagai pesakit luar di HPP dan diberikan cuti sakit, manakala suspek yang mempunyai 14 rekod lampau berkaitan dadah serta empat kes jenayah kini direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PEMENANG Rancang Bawa Kembali 10,000 Keluarga Melayu Ke George Town

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganjur George Town Festival Mohon Maaf, Tarik Balik Video Kontroversi

4

Budaya 2 bulan yang lalu

Festival Sastera George Town Kembali Lagi 29 Nov

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Sukan 21 jam yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0