web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raymond Goh Sudah Tiada..

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 1:41PM

Raymond Goh - gambar RaymondGoh.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyampai berita dan personaliti televisyen, Raymond Goh @ Muhammad Zaman Goh Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10,43 pagi tadi selepas hampir dua minggu diserang angin ahmar. 

Berita sedih itu dikongsikan isteri Allahyarham, Faridah Teh menerusi satu kenyataan. 

Menurut Faridah, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail di sini selepas solat Asar. 

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini. 

“Saya mewakili keluarga ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua rakan-rakan atas perhatian dan sokongan yang diberikan sepanjang waktu sukar ini,” katanya. 

Getaran sebelum ini melaporkan, penyampai bersuara emas itu berada dalam keadaan kritikal akibat serangan angin ahmar dan dirawat di Hospital Assunta, Petaling Jaya. 

Difahamkan, Allahyarham ketika itu sedang keluar bersama rakannya sebelum mengadu mengalami kebas pada bahagian kanan badan. 

Situasi itu menyebabkan beliau segera dibawa ke hospital sebelum tahap kesihatannya semakin merosot, ketika sedang mendapatkan rawatan. 

Awal minggu lalu, keluarga Allahyarham tampil membuat penafian, selepas berita palsu mengenai kematiannya berlegar di media sosial. 

Getaran mengucapkan salam takziah kepada seisi keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah. - Getaran, 12 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara