web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilik Kedai Makan Tampil Jelaskan Bil Makan Ekin, Mawi

Dalam video berdurasi kira-kira 2 minit itu, pemilik kedai menerangkan dengan jelas satu persatu harga makanan yang dipesan oleh ahli keluarga Ekin. 

Selebriti Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 7:43AM

Pemilik kedai memberi penjelasan mengenai pesanan makanan laut yang dibuat pasangan Mawi dan Ekin. gambar Tiktok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemilik kedai yang didakwa mengenakan caj terlalu mahal untuk hidangan laut di Johor Bahru tampil membuat penjelasan di media sosial selepas perkongsian isteri Mawi, iaitu Ekin Rahmat menjadi bualan ramai serta mendapat perhatian pihak media.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Tiktok @abangcinta_1 itu, wanita berkenaan telah menyenaraikan setiap hidangan yang dipesan dan menerangkannya harganya satu persatu. Jelas wanita itu lagi, Ekin menyebut yang dia hanya memesan dua ekor ikan, tetapi maklumat itu adalah tidak tepat kerana makanan yang dipesan adalah untuk enam hidang. 

Selain ikan, mereka juga turut memesan hidangan makanan laut lain seperti udang goreng mentega, sotong goreng tepung , ketam telur masin dan juga hidangan siput.

“Tujuan video ini dibuat adalah untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanahair yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.

“Pada hari Sabtu, 30 September petang, mereka telah datang ke kedai makcik seramai lebih kurang 20 orang termasuklah kanak-kanak. Dalam video awak cakap makan ikan dua ekor sahaja, tetapi sebenarnya total untuk enam hidang”, jelas wanita ini.

Gara-gara dakwaan Mawi dan Ekin, kedai terbabit turut disiasat pihak berkuasa. gambar Tiktok
Gara-gara dakwaan Mawi dan Ekin, kedai terbabit turut disiasat pihak berkuasa. gambar Tiktok

Selain itu, dia juga sempat berpesan kepada Ekin untuk terus berjumpa dengannya jika masih belum jelas dengan harga makanan yang dikenakan.

Penjelasan yang dibuat oleh wanita ini mendapat maklum balas yang positif daripada  pengguna akaun Tiktok. Ada yang memuji pendekatan yang diambil oleh makcik ini kerana tampil tenang, tanpa membuat sebarang kenyataan sinis atau menyindir.

Malah, ramai yang bersetuju dengan harga yang dikenakan kerana maklum mengenai harga makanan laut yang tidak murah. 

Terdahulu, Ekin melalui akaun Instagramnya meluahkan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar bil berjumlah RM1,260 untuk hidangan makanan laut yang dimakan bersama ahli keluarganya di sebuah kedai makan di Johor Bahru.

Ekin turut mendakwa kedai terbabit tidak meletakkan tanda harga. Malah, juga dikatakan tidak menimbang makanan laut yang dipesan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh kedai yang biasa dikunjunginya. - Getaran, 5 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Filem Zim Zim Ala Kazim - Mawi Terkejut Ustaz Kazim Elias Boleh Berlakon Dengan Baik  

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Radio Zayan Ajak Keluarga Muslim Tunai Solat Sunat Hajat Susulan Bencana Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

'Mawi Jawi', Program Berfaedah Untuk Generasi Akan Datang - Amar Bahrin, Amyra Rosli 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara